Widgets

Melawat Pulau Sipadan, Sabah



Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.



Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.





Pulau ini pernah sama-sama dituntut oleh Malaysia dan Indonesia. Isu tersebut telah dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Dengan bukti yang disiapkan Malaysia dan dengan sokongan British, Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyerahkan Pulau Sipadan kepada Malaysia bersama-sama dengan Pulau Ligitan pada 2003. Keputusan ini berdasarkan "penguasaan berkesan" (effective occupation) yang ditunjukkan oleh British dan ketiadaan tuntutan yang lebih baik.

















Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.

Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.

















Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.



































Nota Kaki: Pulau Sipadan ni bentuk dia macam Cendawan, bersambung kat dasar. Penduduk setempat kata, tak lama lagi pulau ni mungkin akan tenggelam sepenuhnya atau patah batang/tiang dia yang macam cendawan tu sebab ada researcher yang buat kajian kata ada ‘crack’ kat batang/tiang pulau ni. Kalau kita berdiri atas pulau ni mesti akan rasa bergoyang-goyang ikut alunan air laut ni...scary gak kadang2..kalau tak percaya baik korang pergi cepat ~~Ngee
Komen Facebook
5 Berikan komen anda

5 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

dapat honeymoon kat sini pun jadi lah :P

Reply

perghhh cun giler..siyes klau la dpt g..best giler tu...perghhhh
indahnya

Reply

Memang cantikkan pulau ni...Abam Ming boleh la gi honeymoon nanti ya

Reply

Kalau awk perlukan chat box...awk boleh ambil ini http://cbox.ws/

Reply

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.