Anda memang sudah “pakar” dalam hal
bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yang anda lakukan
itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bercinta”,
suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasan kepada
pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu
“memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yang dipaparkan ini mungkin
mampu membantu anda.
Berani Berinisiatif
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan
hubungan seksual inisiatif selalunya datang daripada pihak suami.
Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri
berasa malu (tapi mahu) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka
teringin untuk melakukannya. Sepatutnya dalam kehidupan seks suami
isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil
inisiatif sebab begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi
dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.
Menghias Diri
Apabila
ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jangan sesekali tampil
ala kadar jer. Penampilan yang baik akan menambah
semangat suami dalam bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah
terlebih dahulu, pakailah pakaian yang bersih dan menarik. Juga
sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum. Contoh pakaian
adalah seperti ini.
Rapikan Kamar Tidur
Sebelum
bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari
kain dan pakaian yang tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal
kotor, gantikan dengan yang baru dan bersih. Jangan lupa untuk
menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi.
Tempat tidur yang rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah
semangat suami untuk bercinta dengan
anda.
Bersifat Aktif
Cumbuan
adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya
sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau
isteri, kedua-duanya dituntut untuk aktif.. Sayangnya, dalam
perkara ini yang aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat
pasif dan menyerah. Agar suami cukup berghairah, isteri perlu
bersikap aktif melakukan ransangan di tempat-tempat sensitif.
Penuhi Kehendaknya
Dalam
bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini
sering menimbulakan rasa jengkel dan marah si suami.
Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan
suami, kecuali dia ingin anda melukukan diluar tabii. Apabila apa yang
diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira
dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.
Tidak Statik
Sering
terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal
ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan
suami, layanilah suami dengan berbagai gaya.
Bersikap Sopan
Ketika
bercinta, isteri jangan sesekali bersikap kasar. Sentiasalah
mengamalkan sikap yang sopan. Sikap sedemikian secara psikologi
mempengaruhi semangat suami untuk bercinta.
Tidak Mengungkit Kelemahannya
Dalam
bercinta jangan sesekali mengungkit kelemahan suami,
misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yang agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.
Tidak Mengeluh
Jangan terlalu banyak mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk bercinta menurun.
Jangan Banyak Berbual
Anda
mungkin seorang yang suka berbual. tetapi perkara ini jangan
diamalkan ketika anda dan suami anda sedang bercinta. Sebab hal ini
akan menyebabkan tumpuan suami dalam menikmati percintaan.
Bersifat Terbuka
Bersifat
terbuka dan jujur adalah satu kemestian dalam bercinta, katalah
isteri tidak suka apa yang dilakukan oleh suami, jangan sesekali
berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yang
seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yang begini akan menambah
semangat suami dalam bercinta.
Beri Pujian
Setelah
selesai bercinta, jangan lupa untuk memberikan pujian atas
kehebatan suami. dengan pujian suami akan berasa bangga. Tetapi
kalau suami kurang hebat jangan dicela. dengan cara yang baik
beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk
mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di
masa akan datang.