Terkadang kita tidak dapat lari daripada situasi kereta kita pancit, terkena paku dan sebagainya. Maka jangan panik dan jangan memikirkan perkara yang bukan-bukan... dah sampai masanya dia nak terkena paku gamaknya :) pun bergitu unsur dikhianati juga tidak mustahil.
Yang
terpenting, sentiasa berwaspada dan praktikkan semasa
troubleshooting jika terkena paku ini mungkin sedikit tips dibawah ini
dapat membantu anda :
1. Jika anda
merasa keadaan kenderaan anda berbeza akibat tayar kurang angin dan
pancit, (biasa kenderan anda berasa berat sebelah) jangan terus
berhenti. Perlahankan keadaan anda secara perlahan-lahan sambil
berjalan sedikit menepi. Perhatikan cermin sisi kanan, kiri dan
belakang. Amati jika ada orang yang mengekorinya atau cuba
memberitahu bahawa tayar anda bermasalah
2. Cari
tempat-tempat yang umum dan ramai orang dan sekiranya mereka
boleh membantu anda jika berlaku rompakan. Contohnya:
Balai Polis, Hotel, Hotel, Restoran, Cafe, Mall, dan
tempat ramai lain.Setelah sampai di lokasi ramai, jangan
terus turun dari kereta. Amati
dulu keadaan sekitar sekitar 2-3 minit. Setelah itu perhatikan
barang-barang berharga anda seperti HP, dompet, wang, laptop dan
sebagainya letakkan di tempat yang selamat dan sentiasa diawasi.
3. Jika dirasakan keadaan sekitar adalah
selamat, turun dan amati apa yang salah
pada keadaan tayar. Jangan memeriksa tayar hanya dengan melihat dari
jarak jauh saja. Dikhuatiri apabila anda menbongkok dan
mengamati tayar, perompak atau penyamun terus menghampiri anda.
4. Hubungi kedai tayar / perkhidmatan servis tampal tayar untuk
membantu menampal tayar. Jangan menampal tayar jika tak ada orang
yang membantu anda. Sekiranya anda memanggil pekerja kedai tayar
datang, tunggu saja di dalam kereta sambil mengawasi keadaan
sekitar anda.
5. Kalau tak membolehkan untuk memanggil pekerja
kedai tayar, cuba hubungi teman yang rapat yang mana boleh
membantu anda. Jika dirasa tak ada yang
membantu, kereta / motor boleh diletakan di lokasi yang sesuai.
Selain 5 troubleshooting jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu.
Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, tukang servis /kedai tayar, kekawan dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.
Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan. Seperti spanar, jet kereta dan pastikan tayar gantian anda didalam keadaan yang sempurna.
Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika tayar bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan tayar baru. Yang terpenting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan. Ingat, keselamatan anda adalah yang terutama.