Adakah anda mempunyai jiran berbangsa
India dan beragama Hindu di kawasan penempatan anda? Jika ada tentu anda
pernah melihat mereka memasak sesuatu di depan rumah dengan menggunakan
belanga.
Di kedai-kedai orang India pula tentu
anda melihat ada banyak periuk belanga banyak dijual begitu juga
ditepi-tepi jalan berbagai bunga-bungaan dijual oleh orang Hindu.
Orang Hindu sedang meraikan apa yang
dinamakan sebagai Festival Pongal. Ia merupakan satu Festival yang
disambut menandakan musim menuai hasil tanaman atau dalam bahasa
Inggerisnya 'Harvest' atau dalam bahasa Indonesia ' Panen'.
Festival Pongal merupakan amalan orang
India yang duduk di kawasan Selatan India. Dia dirayakan selama 3 hari.
Begini mereka merayakannya:
- Hari pertama: Nasi di masak dengan susu untuk dipersembahkan kepada 'Dewa Hujan'
- Hari Kedua: Nasi dimasak dengan susu untuk dipersembahkan kepada 'Dewa Matahari'
- Hari Ketiga: Ternakan lembu mereka akan dimandikan, dipasangkan loceng dan dipakaikan dengan bunga-bungaan dan diwarna-warnikan sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka di ladang.
Bagi para penganut agama Hindu di India,
bulan Januari menandakan bermulanya perayaan yang dinamakan sebagai
Makar Sankranti. Ia merupakan bulan yang paling makmur menurut
kepercayaan mereka. Makar Sankranti ini dirayakan dengan berbeza di
beberapa kawasan di India.
- Di Gujarat dan Maharashtra, ia merupakan perayaan orang-orang tua dan muda dimana layang-layang berbagai warna dilayangkan di udara dengan meriah sekali.
- Di Punjab pula Makar Sankranti dinamakan Festival Lohri. Pada bulan Desember dan Januari, kawasan Punjab mengalami musim yang paling sejuk. Pada malam hari Makar Sankranti satu unggun api yang besar akan dinyalakan dan dicampakkan ke dalam unggun api itu gula-gula, batang tebu dan juga beras. Para sahabat serta keluarga berkumpul beramai-ramai bagi meraikan festival tersebut.
- Di Uttar Pradesh pula ia dinamakan Perayaan Kicheri. Penganut Hindu di sana merayakan hari ini dengan mandi di kawasan pertemuan antara 3 Sungai iaitu Sungai Ganga, Jamuna dan Saraswathi. Pada hari tersebut beribu-ribu penganut agama Hindu kelihatan berkumpul di sana untuk mandi.
- Manakala di Selatan India pula mereka merayakan Festival yang kita kenal di sini yang dipanggil sebagai Festival Pongal.