salam 1 Malaysia !!!
lame dah x update blog ni, sibuk yang melampau semester ni ...
tugasan pun masih berlambak-lambak lagi perlu disiapkan ...
guru oh guru ...
baru sahaja selesai berPBS di Sek. Keb. Pusat Chabang Tiga selama seminggu bersama-sama rakan seperjuangan. Macam-macam pengalaman dan ilmu yang baru dapat dipelajari sepanjang berada di sana.
Mengawal pelajar bukanlah suatu perkara yang mudah bagi bakal guru kerana hal ini memerlukan ilmu dan kemahiran pengurusan bilik darjah yang tinggi. Alhamdulillah, kali ini bertambah baik dengan dibantu rakan yang ikhlas dalam menjalankan tugas.
Bila masuk kelas tahun 2 macam ini perangainya, bila masuk kelas tahun 5 macam itu perangainya, sebagai seorang guru, kita perlu bijak mengawal keadaan dan menguruskannya. Mungkin dalam erti kata lain, kita perlu sedikit tegas dengan mereka ini. Jom tengok gambar sepanjang berada di Sek. Keb. Pusat Chabang Tiga.
Lepas main sekali, mesti nak main lagi. Haiyaaa. Sampai ada antara mereka yang minta kami terus berada di dalam kelas mereka. Seronok mungkin. hehe .
interframe gambar cikgu ming yang sihat sekejap. haha !
atas ni gambar cikgu Dyiana bersama pelajar perempuaan kelas 5A4. Agak pemalu mereka ni dengan cikgu ming dan cikgu ewan. hehe. Nampak je pemalu mereka ni, tapi bila main permainan "potong & kerat" memang x sangkalah, daya kepekaan sangat tinggi, kalah pelajar lelaki. hehe. Mereka terbaik !
Semoga mereka semua dikurniakan kejayaan yang cemerlang, gemilang & terbilang dalam hidup mereka semua! insya-allah !
Jumpa lagi dilain hari !!! Salam 1 Malaysia !!!