Terengganu Waterfront I-City
Sudah menjadi sunnatullah bahawa dalam melayari kehidupan duniawi yang
sementara ini kita memerlukan mereka yang kita panggil kawan, teman dan
sahabat lebih-lebih lagi memerlukan sahabat sejati ... Beruntunglah
seseorang itu yang mempunyai ramai sahabat sejati ...
Kawan. Orang yang kita kongsi suka dan duka. Kawan juga ..... AKAN MENJADI LAWAN jika sudah tiada rasa kasih sayang, hormat-menghormati, dan juga jika nilai persahabatan itu sudah rapuh. Di manakah ertinya persahabatan jika seorang sahabat itu mengkhianati sahabatnya sendiri. Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat kejam itu. Amin. ^^
[ sumber : blog sahabat ]
Lihatlah
di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu ... sepanjang hidup dan usiamu jangan
mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan,
simpan …jadikan tauladan ... segala yang kau pandang dan dengar, simpan …
buat
pedoman ...
Bukan mudah untuk kamu memiliki seorang sahabat yang benar-benar setia
dan memahami. Maklumlah, dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam
manusia yang sukar ditafsirkan. Jadi, kalau tersilap pilih sahabat
alamatnya meranalah diri kerana sahabat turut memberi pengaruh yang
besar dalam kehidupan individu.