Walhal kita perlu tahu bahawa kegemukan seseorang itu, adalah berdasarkan berapa kalori yang diambil dalam masa sehari. Pada masa yang sama juga, berapa kalori yang harus kita bakar. Jom ikuti mitos pemakanan di bawah ini.
1. Makan selepas pukul 8 malam menyebabkan kegemukkan.
Sebenarnya : Peningkatan ataupun pengurangan berat badan kita adalah sangat bergantung kepada perbezaan antara jumlah kalori yang diambil, jumlah tenaga yang digunakan serta kadar metabolisma badan.
Kenyataan diatas mungkin boleh diterimapakai, namun tidak semua
individu akan mengalami hal yang sama. Kita ambil contoh terdekat dengan
melihat rakan-rakan, mahupun, ahli keluarga kita sendiri yang mungkin
sering makan ketika larut malam. Sekalipun begitu, sesetengah mereka
tetap tidak mengalami masalah berat badan.
Suatu kajian
telah dilakukan oleh Pusat Nutrisi Dunn di Cambridge, dengan menggunakan
beberapa sukarelawan. Dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama
diberikan makanan tengah hari yang berat dan makanan malam yang lebih
ringan. Kumpulan kedua pula, diberikan makanan tengah hari yang ringan
dan makanan malam yang berat.
Dengan menggunakan ‘whole body calorimeter’ yang berfungsi untuk mengukur jumlah kalori yang telah digunakan dan disimpan, kesemua sukarelawan menunjukkan tiada hubungkait antara makanan berat pada waktu malam dengan pembentukan lemak.
Tidak kiralah,
pukul berapa kita makan, apa yang menjadi penentu utama adalah jumlah
kalori yang kita ambil dalam masa 24 jam perlulah selari dengan aktiviti
fizikal yang kita lakukan.
2. Berlapar boleh membantu dalam mengurangkan berat badan
Apabila
berpuasa, badan kita akan mula membakar lemak yang ada tersimpan untuk
menghasilkan tenaga. Hasilnya berat badan kita akan turun seperti yang
diharap-harapkan. Tetapi, menurut Claire MacEvilly, pakar nutrisi di MRC
Pusat Kajian Nutrisi Manusia di Cambridge, “Berlapar atau berpuasa bukan sahaja membakar lemak, bahkan turut membuatkan pengecutan otot berlaku”
Sekiranya
Pengecutan otot berlaku, ini membuatkan kadar metabolisma badan kita
mula menurun. Kadar metabolisma ini merupakan kayu-ukur kepada kalori
yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Apabila kadar metabolisma
menurun, badan kita memerlukan kalori yang lebih kecil berbanding
sebelumnya. Sekiranya kita berhenti mengamalkan rutin berlapar, dan mula
makan seperti biasa. Justeru, kalori yang diambil sudah pasti
lebih tinggi daripada keperluan badan, lantas kita akan cenderung untuk
mengalami peningkatan berat badan.
Suka saya
mengingatkan, untuk mengurangkan berat badan, kedua-dua entity ini harus
ada – menjaga pemakanan dan melakukan aktiviti fizikal. Hal ini
demikian kerana, apabila bersenam, kita akan membina otot, sekaligus
mampu mengekalkan kadar metabolisma badan. Anda merancang untuk
berlapar? Amalkan sekali dengan bersenam !
3. Makan kuantiti kecil dengan kerap boleh membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma
Secara teori
ramai yang percaya, dengan meninggikan kadar metabolisma, lebih banyak
jumlah kalori yang boleh diambil. Sekiranya individu itu mengambil
jumlah kalori yang sama (lebih rendah daripada kadar metabolisma), ini
boleh menghasilkan penurunan berat badan. Tetapi adalah perlu
diingatkan, jumlah mahupun kadar kekerapan pengambilan makanan, tidak
memberikan sedikit impakpun kepada kadar metabolisma badan. Sebaliknya, apa yang mampu memberikan kesan adalah komposisi dan saiz badan.
Maka, sekali
lagi adalah digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal. Dengan
melakukan senaman berkala, sangat membantu dalam membina otot-otot dan
seterusnya meningkatkan kadar metabolisma badan.
4. Minum ‘Coffee’ berperanan menurunkan berat badan
Mengamalkan
minum kopi setiap pagi dianggap mengurangkan selera makan dan
meningkatkan kadar metabolisma badan. Tetapi, sebenarnya kesan ‘tiada
selera makan’ yang dicetuskan daripada minuman kopi ini hanya sementara
dan tidak memberikan impak yang nyata dalam penurunan berat badan.
Mengamalkan kopi ini sebenarnya bukan sahaja mengakibatkan gangguan tidur,
bahkan turut boleh mengakibatkan kegemukan. Kenapa? Sekurang-kurangnya
dua kajian telah membuktikan individu yang mengalami gangguan tidur
(salah satu faktor : mengamalkan kopi) cenderung untuk meghasilkan lebih
banyak hormon ghrelin, hormon yang meningkatkan selera makan. Selain
daripada itu, hormon leptin, hormon untuk mengurangkan selera makan,
kurang dihasilkan. Justeru, individu tersebut semakin berselera untuk makan lantas menjadi punca kepada kegemukkan. Ini merupakan kajian yang dibuat di Universiti California.
5. Susu boleh mengurangkan berat badan
Secara teori, kalsium membantu mencernakan lemak dengan lebih cekap dan seterusnya mengurangkan berat badan.
Tetapi, secara realitinya, susu tidak memiliki keajaiban seumpama ini.
Banyak kajian telah dilakukan perihal teori ini, namun kajian-kajian ini
mendapati keputusan yang pelbagai.
Untuk
mendapatkan sumber kalsium, kita digalakkan untuk mengambil susu ataupun
mana-mana produk berasaskan susu (dairy products) yang mengandungi
rendah lemak dan rendah kalori. Selain itu, sumber kalsium juga boleh
diperolehi daripada, sayur-sayuran hijau tua, soya, jus oren, dan ikan
salmon.
“Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.”