Widgets

Rajagobal puji aksi mantap pemain | Garuda Dibaham Harimau Malaya


JURULATIH skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal memuji para pemainnya yang berjaya menunjukkan peningkatan dari semua segi serta mempamerkan corak permainan lebih baik berbanding sebelum ini.

Jelasnya, walaupun skuad Garuda cuba mengubah kedudukan jaringan dan bermain corak pantas, namun para pemain bejaya bertahan dengan begitu baik.

"Kemenangan ini sebenarnya tidak mudah. Kami hanya berehat dua hari sebelum berdepan Indonesia.

"Saya gembira dan mengucapkan tahniah kepada seluruh pemain yang bertungkus-lumus bagi memastikan kejayaan ini," katanya selepas berakhirnya perlawanan menentang Indonesia, semalam.

Semalam, Harimau Malaya berjaya menundukkan Indonesia 2-0 sekali gus melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012.

Sebagai naib juara kumpulan B, anak buah Rajagobal bakal berdepan dengan Thailand yang muncul juara Kumpulan A di separuh akhir yang akan berlangsung di sini pada 9 Disember dan di Bangkok pada 13 Disember.

Mengulas lanjut mengenai perlawanan menentang Thailand dalam saingan separuh akhir minggu depan, Rajagobal menegaskan bahawa beliau telah bersedia untuk menghadapi skuad Gajah Putih itu.
"Saya sudah bersedia berhadapan pasukan Thailand.

"Memang tidak dinafikan Thailand sememangnya satu pasukan yang kuat dan pada tahun ini, mereka muncul juara kumpulan A, jadi kita perlu meningkatkan lagi prestasi.

"Pada masa sama, pemain juga perlu melupakan kemenangan ke atas Indonesia, sebaliknya memberi memberi fokus sepenuhnya dalam aksi menentang Thailand nanti," ujar beliau yang berharap pemainnya dapat mengekalkan prestasi ini.


Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.