Ø
Daripada Roslan Abd Jelani dan Azman Shamsuddin ( 1995
), dalam buku ‘Asas Pengurusan Perniagaan Kecil’ mengatakan sukatan yang
berkaitan dengan kecairan perniagaan adalah nisbah pusing ganti modal kerja atau nisbah
pengurusan aset. Modal kerja
adalah lebihan aset semasa daripada liabiliti semasa.
Modal kerja yang membolehkan pemilik perniagaan
menyesuaikan dengan senarai gaji mingguan,
membayar bil utiliti bulanan, dan membuat bayaran biasa kepada invois pembekal.
Sebagaimana yang telah kita perhatikan, biasanya aset semasa tidak boleh kurang daripada dua kali ganda amaun
liabiliti semasa, ini samalah dengan menyatakan bahawa modal kerja mestilah
sama dengan liabiliti semasa. Oleh itu pusing
ganti modal kerja, yang disukat dengan membahagikan modal kerja pada penghujung tempoh perakaunan ke dalam jualan
bersih dalam tempoh itu
mempunyai kait rapat dengan nisbah semasa.
Pemilik
perniagaan kecil perlu mengukur pusing ganti modal pelaburan dan juga
modal kerja. Angka ini diperoleh dengan membahagikan aset tetap (seperti tanah
dan bangunan, perabot dan perkakasan, serta mesin dan peralatan lain) dengan
nilai bersih ketara. Untuk mengawal
daripada membeli terlalu banyak aset tetap, pemilik perniagaan kecil
mestilah berusaha untuk mengekalkan nisbah ini tidak melebihi 1 kepada 1. Dalam
erti kata lain, pemilik mestilah mempunyai cukup modal untuk dilaburkan dalam
perniagaan untuk menampung walaupun tidak
semua pembayaran kebanyakan, aset tetap. Jika aset tetap adalah tinggi
berbanding dengan nilai bersih, perolehan tidak mencukupi bags menjelaskan ansuran yang matang pads hutang jangka panjang,
dan seterusnya pemilik perniagaan kecil terpaksa mencari modal yang baru.
Kos tetap yang berlebihan (overhed) adalah sebab utama berlakunya kebanyakan
kegagalan dalam perniagaan kecil. Ukuran
lain yang penting untuk bakal pembeli bagi perniagaan yang hendak dibuka adalah Pusing
Ganti lnventori.
Sukatan ini
diperoleh dengan membahagikan purata inventori (separuh daripada
jumlah inventori awal dan inventori akhir)dengan
kos barangan yang dijual dalam
tempoh tertentu. Lazimnya, pemilik perniagaan mestilah berusaha untuk mendapatkan pusing ganti inventori
setinggi yang mungkin tanpa stok yang berlebihan. Dengan pusing ganti
yang cepat, paras inventori menjadi lebih
rendah. Inventors yang berlebihan
juga menyebabkan banyak kegagalan perniagaan kecil. Nisbah
jualan-bersih-belum terima juga boleh digunakan sebagai ukuran dalam pengurusan perniagaan kecil. Apabila urusan
firma banyak members kredit. nisbah ini digunakan untuk menganggar purata
tempoh kutipan. Analisis ini akan mendedahkan beberapa aliran penting dan
tanda-tanda bahaya.
Peningkatan nisbah menandakan potensi kekurangan modal
kerja; jika perniagaan ingin sentiasa
membayar bil-bilnya sendiri dan memperoleh untung, is sebaliknya
mestilah menerima bayaran dengan cepat bagi barangan yang dijual atau
perkhidmatan yang diberikan. Secara amnya, purata tempoh kutipan tidak melebihi
kematangan bersih yang ditunjukkan oleh syarat-syarat penjualan iaitu 10 hingga 15 hari.
Ø Daripada Oswald D. Bowlin, John D, Martin dan David F.
Scott ( 1995 ), dalam buku ‘Panduan Analisis Kewangan’, Nisbah Kecekapan atau nisbah pengurusan aset mengukur keberkesanan sesebuah
firma itu menggunakan asetnya untuk
menjanakan jualan. Maknanya, firma yang amat cekap ialah firma yang
menggunakan pelaburannya dalam aset untuk menjanakan aras hasil jualan yang
setinggi mungkin. Kita akan membincangkan empat
ukuran kecekapan penggunaan aset, khususnya, nisbah pusing ganti belum
terima, nisbah pusing ganti inventori, nisbah pusing ganti aset tetap, dan
nisbah pusing ganti jumlah aset. Nisbah pusing ganti belum terima mencerminkan
bilangan kali firma mengutip, akaun belum
terimanya dalam setahun dan dihitung seperti yang contoh berikut:
Nisbah pusing ganti
belum = Jualan kredit tahunan /
Akaun belum terima
terima =
RM 22 703 229 / RM1 438 929
=
15.8 kali
|
Justeru itu, PBC memusing
ganti akaun belum terimanya lebih kurang 16 kali setahun atau lebih kurang
setiap 23 hari (365 / 15.8). Angka 23 hari itu disebut sebagai tempoh kutipan purata dan digunakan jugs sebagai ukuran
keberkesanan sesebuah firma menggunakan pelaburan dalam akaun belum
terimanya untuk menjanakan jualan.
Kecekapan firma mengurus inventorinya
ditunjukkan oleh nisbah pusing ganti inventori firma itu, yang dihitung seperti yang
berikut:
Pusing ganti inventors = Kos
barang dijual / Inventors
= RM15 208 914 / RM1 397 248
= 10.9 kali
|
Justeru itu, PBC memusing ganti inventorinya 10.9 kah
setahun, atau lebih kurang 34 hari.
Pusing ganti aset
tetap = Jualan / Jumlah aset
= RM 22 703 229 / RM7 147 910
= 3.18 kali
|
Nisbah pusing ganti jumlah aset dihitung dengan cara yang
serupa, seperti berikut:
Pusing ganti jumlah aset = Jualan -- Jumlah asset
= RM 22 703 229 / RM 11 681 738
= 1.943 kali
|
Justeru itu, PBC mempunyai jumlah jualan
yang agak besar berbanding dengan jumlah pelaburannya dalam aset (malah lebih
kurang dua kali).
NISBAH LAVERAJ
Ø
Daripada Roslan Abd Jelani dan Azman Shamsuddin ( 1995
), dalam buku ‘Asas Pengurusan Perniagaan Kecil’ mengatakan nisbah laveraj juga
disebut sebagai nisbah keumpilan. Dalam perniagaan meminjam
wang untuk menghasilkan wang sememangnya perlu.
Oleh sebab modal ekuiti tidak perlu
dibayar balik, jadi adalah lebih selamat digunakan modal ini daripada
modal hutang. Apabila hubungan pembahagian hasil tambah liabiliti semasa dan
liabiliti tetap firma ini melampaui 100 peratus, ekuiti pemiutang dalam
aset perniagaan melebih ekuiti pemilik. Bank perdagangan, Pentadbiran
Perniagaan Kecil, dan autoriti lain
merasakan nisbah ini tidak boleh melebihi 75 peratus daripada ekuiti pemilik,
malahan dalam sesetengah perniagaan peratus ini adalah lebih kecil lagi.