DOWNLOAD LINK : UJIAN BATERI TID
PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID)
BAHAGIAN A
(ANTHROPOMETRIK)
UJIAN 1 - KETINGGIAN BERDIRI (STANDING
HEIGHT)
1. Definisi : Ukuran jarak dari lantai hingga
ke bahagian paling atas kepala
semasa posisi berdiri tanpa beralas kaki.
2. Rasional : Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan terhadap
sesuatu jenis sukan atau permainan.
Contoh:- Atlet bola keranjang , bola jaring , pendayung dan
perenang mempunyai
kelebihan dari ketinggian manakala atlet
gimnastik dan terjun mendapat kelebihan jika rendah.
3. Objektif : Untuk mendapat ukuran ketinggian murid semasa posisi berdiri.
4. Peralatan : Pita
Pengukur (2 meter)
Pita Penanda
Papan Klip
5. Prosedur
5.1
Pita ukur dilekatkan secara menegak di permukaan dinding yang rata setinggi
dua (2 )meter.
5.2 Murid berdiri membelakangkan dinding dengan kepala, bahu, punggung dan tumit berada dalam keadaan rapat ke dinding
tanpa beralas kaki. Pita ukur berada di tengah-tengah belakang badan.
5.3 Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat sementara
kedua-dua tapak tangan mesti rapat di sisi paha.
5.4 Semasa
ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas dan memandang ke hadapan
.
5.5 Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan
lantai hingga ke bahagian paling atas kepala. Untuk mendapatkan bacaan yang
tepat, pastikan papan klip 4 (bahagian
tinggi) diletakkan rapat pada
dinding (90 darjah ) secara
menegak ( bahagian tapak ) di bahagian
paling atas kepala. (Pastikan murid tidak mengangkat tumit semasa ukuran diambil)
5.6. Bacaan diambil pada paras mata penguji.
6. Pemarkahan
: Bacaan diambil hampir
kepada 0.1 sm.
UJIAN 2 - KETINGGIAN DUDUK ( SITTING HEIGHT )
1. Definisi : Ukuran dari lantai hingga ke bahagian paling atas
kepala
semasa posisi duduk melunjur.
2. Rasional : Nisbah ukuran panjang bahagian
atas badan dan bahagian
bawah
badan memberi kesan terhadap tahap pencapaian bagi sukan dan permainan tertentu.
Contoh : Atlet lompat tinggi memerlukan kaki dan badan yang
panjang, atlet berbadan rendah mendapat kelebihan dalam acara angkat berat.
3. Objektif : Untuk mendapat nisbah ukuran bahagian atas dan bawah
badan semasa posisi duduk melunjur.(panjang kaki)
4. Peralatan : Pita
Pengukur (2 meter)
Pita Penanda
Papan Klip A 4’
5. Prosedur
5.1 Pita ukur dilekatkan secara menegak di permukaan dinding yang rata setinggi dua (2 )
meter.
5.2 Murid duduk membelakangkan dinding dengan posisi kepala, bahu dan punggung berada dalam keadaan rapat ke
dinding dan pita ukur berada di tengah-tengah belakang badan.
5.3 Kedua-dua
belah kaki mesti dalam posisi rapat dan melunjur dengan lurus.
5.4 Semasa ukuran dibuat, murid menarik
nafas, tahan nafas dan memandang ke hadapan.
5.5 Ukuran tinggi duduk
diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian paling atas
kepala. Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, pastikan ‘clipboard A 4 ‘ diletakkan rapat
pada dinding (90 darjah) secara menegak
di bahagian paling atas kepala.
(Pastikan punggung
murid tidak terangkat semasa ukuran di buat.)
5.6 Bacaan diambil pada paras mata penguji.
6. Pemarkahan : Bacaan
diambil hampir kepada 0.1 cm.
UJIAN 3 - PANJANG
DEPA ( ARMSPAN)
1. DefinIsi : Jarak mendepa dari hujung jari tangan kanan ke hujung
jari
tangan
kiri dalam posisi melintang dan selari dengan paras bahu.
2. Rasional : 2.1 Untuk mendapat ukuran panjang bukaan depa.
2.2 Ukuran
panjang depa (armspan) boleh memberi kesan
terhadap pencapaian bagi sukan dan permainan
tertentu.
Contoh: Atlet renang dan peninju yang ukuran depa tangannya panjang mempunyai kelebihan. Atlet angkat
berat memerlukan depa yang pendek.
3. Objektif
: Untuk mendapat ukuran panjang lengan semasa mendepa.
4. Peralatan : Pita
Pengukur (3 meter)
Pita Penanda
Papan Klip A 4’
5. Prosedur
5.1 Pita ukur dilekatkan secara melintang di permukaan dinding
yang rata sepanjang tiga (3) meter.
Bacaan sifar (0) pada pita ukur
hendaklah diletakkan berada pada
penjuru dinding.
5.2 Murid berdiri membelakangkan dinding
dengan posisi kepala, bahu dan punggung berada
dalam keadaan rapat ke dinding. Kedua belah kaki berada dalam posisi rapat.
5.3 Murid mendepakan kedua tangan pada paras bahu
dan
ianya selari dengan pita ukur yang dilekatkan secara melintang di permukaan dinding. Posisi tapak tangan mesti menghadap ke
hadapan.
5.4 Semasa ukuran diambil, murid dikehendaki menarik nafas dan
tahan nafas serta memandang ke hadapan.
5.5 Ukuran diambil dari bahagian paling hujung jari tangan kiri hingga ke bahagian paling hujung jari tangan kanan. Untuk mendapatkan bacaan yang tepat , pastikan ‘clipboard
A 4’ diletakkan rapat pada dinding (90 darjah )
secara menegak di bahagian hujung jari yang bertentangan dengan jari di hujung penjuru dinding.
5.6 Bacaan diambil pada paras mata penguji.
6. Pemarkahan : Bacaan
diambil hampir kepada 0.1cm.
UJIAN 4 - BERAT
BADAN
1. DefinIsi : Ukuran berat badan dalam kilogram(kg)
dengan berpakaian
sukan lengkap tanpa beralas
kaki.
2. Rasional : Berat
atau ringan badan memberi kesan terhadap pencapiaian sukan
dan permainan tertentu.
Contoh: Atlet acara larian dan berbasikal
jarak jauh memerlukan berat badan yang ringan.
3. Objektif : Untuk mendapat bacaan
berat badan.
4. Peralatan : Alat
penimbang berat yang ‘standard’.
5. Prosedur
5.1. Alat penimbang
diletakkan di atas permukaan lantai yang
rata.
5.2 Pastikan
jarum alat penimbang berat bermula pada
skala sifar (0).
5.3 Semasa bacaan di buat., murid dikehendaki berdiri dalam posisi
menegak di tengah-tengah alat penimbang tanpa
alas kaki dan memandang ke hadapan. (Pastikan murid
memakai pakaian yang ringan)
6. Permarkahan
: Bacaan
diambil hampir kepada 0.5 kg
** (Pastikan tiada ada benda dalam poket peserta
semasa menimbang)
PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT
BAHAGIAN B
(KECERGASAN)
UJIAN 5 - LARI PECUT 40 METER
1. Definisi : Keupayaan larian pecut 40 meter dengan catatan masa terpantas
dengan permulaan gaya berdiri statik.
2. Rasional : Kepantasan dan kelajuan adalah elemen
penting dalam
kebanyakan sukan dan permainan
tertentu.
Contoh : Olahraga, Berbasikal, Badminton, Hoki, Bola Sepak,
Dan
lain-lain.
3. Objektif : Untuk mendapat catatan masa bagi mengukur kepantasan .
4. Peralatan : Jam
randit
Tepung / ‘ cat sembur’
Pita
Pengukur (50 meter.)
Kon – 6 unit
Bendera
merah
Kawasan larian - 50 hingga 60 meter ( Daerah : padang berumput
yang tidak basah, Negeri : Trek)
5. Prosedur
5.1 Tandakan garisan permulaan dan penamat dengan jelas untuk
jarak 40 meter.
Letakkan dua (2) kon di setiap hujung garisan
permulaan dan garisan penamat.
5.2 Murid
memulakan larian dengan posisi berdiri ‘standing
start’ di mana sebelah kaki dominan berada di belakang garisan permulaan. (
Dibantu oleh seorang pembantu pelepas)
5.3. Pelepas
berdiri 5 meter ke hadapan garisan
permulaan. Pelepas akan memberi isyarat ‘sedia’ dengan mengangkat tangan lurus dengan
bendera pada paras bahu.
5.4. Catatan
masa mula diambil (oleh penjaga masa) sebaik sahaja pelepas menjatuhkan tangan dengan bendera ke bawah.
5.5. Murid hendaklah memakai kasut (wajib) sukan semasa
ujian dijalankan dan kasut ‘spike’ tidak dibenarkan.
5.6. Setiap murid diberi dua (2) percubaan.
6. Pemarkahan :
Catatan masa terpantas diambil hampir kepada
0.01 saat.
*** ( Pastikan pelajar dilepaskan hanya seorang
setiap kali sahaja)
UJIAN 6 - JANGKAUAN MELUNJUR
1. Definisi : Keupayaan tahap
kelenturkan badan semasa posisi duduk
melunjur di lantai. ( Johnson
1997b)
2. Rasional : Kelenturan badan memberi kesan
terhadap prestasi dalam
kebanyakan
sukan dan permainan.
Contoh:
Elemen kelenturan amat diperlukan dalam sukan
gimnastik,
penerjun dan lari berpagar..
3. Objektif : Untuk mengukur tahap kelenturan
dan kelembutan bahagian sendi
pinggul, bahagian ‘trunk’ serta
otot belakang dan otot hamstring
(belakang paha).
4. Peralatan : Pita
Ukur
Pita Penanda
Pembaris
5. Prosedur
5.1 Murid dikehendaki melakukan regangan dan
memanaskan badan sebelum
memulakan aktiviti.
5.2 Murid
tidak dibenarkan memakai kasut semasa ujian dijalankan.
5.3 Lekatkan
pita pengukur 1 meter di atas lantai yang rata.
5.4 Murid
duduk melunjur dengan tumit berada tepat pada ukuran 25 sm. Kedudukan pita ukur
berada di celah antara ke dua-dua belah kaki dengan tanda bacaan sifar (0)
berada menghala pangkal peha.
5.6 Kedua-dua
kaki dibuka seluas bahu. Penguji perlu menahan kaki murid supaya tidak bergerak
melepasi penanda 25 sm dan pastikan lutut
tidak terangkat.
5.7 Tindihkan
tapak tangan dengan jari kanan bersentuhan dengan jari kiri, kemudian mulakan gerakkan melunjur perlahan-lahan ke hadapan
dengan tangan lurus dan jari menuding ke
arah pita ukur yang berada di atas lantai.
5.8 Murid
bertahan selama dua saat apabila mencapai jangkauan maksima dan jangan hinjut (no
bouncing).
6. Pemarkahan
: Catatan terbaik dari dua (2) percubaan diambil dengan
bacaan hampir kepada 0.5 sm.
7. Kebolehpercayaan
: r = 94 diperolehi daripada tiga (3) percubaan terbaik yang
berbeza. (Johnson 1977b)
UJIAN 7 - LOMPAT MENEGAK (SARGENT CHALK JUMP)
1. Definisi : Keupayaan melompat secara menegak
dengan menggunakan kedua-
dua belah kaki
tanpa bantuan hayunan tangan. (Sargent 1921)
2. Rasional : Kuasa eksplosif
otot kaki memberi kesan terhadap pencapaian sukan /permainan.
Contoh
: Angkat Berat, Lompatan,
Dan Larian Pecut .
3. Objektif : Untuk mengukur kuasa eksplosif
otot kaki posisi lompat menegak.
4. Peralatan : Pita
Ukur
Pita penanda
Serbuk Kapur / Tepung
Kertas Warna (Sugar Paper)
warna gelap.
Kalkulator
5. Prosedur
5.1. Murid
mencelup jari tangan dominan ke dalam serbuk kapur atau
tepung.
5.2. Berdiri dengan posisi bahagian bahu badan menyisi dinding. Sebelah
tangan berada dalam posisi mencekak pinggang.
5.3. Luruskan tangan yang telah mencelup serbuk kapur dan membuat
tanda pada dinding dengan posisi kedua
belah kaki mencecah lantai dan
rapat.
5.4. Murid bergerak tanpa mengubah kedudukan kedua-dua tangan,
bengkokkan lutut dan lompat setinggi yang boleh dengan membuat tandaan kedua. Tangan tidak boleh
dihayun untuk membantu meningkatkan momentum lompatan.
5.5. Bacaan diambil dari penanda pertama dan penanda kedua.
Perbezaan bacaan kedua –kedua penanda
adalah bacaan jarak lompatan
menegak murid.
5.6 Murid diwajibkan memakai kasut.
5.7 Bacaan dicatat pada paras mata penguji.
5.8 Penguji hendaklah berdiri di atas bangku.
6. Pemarkahan : Catatan
diambil hampir kepada 0.1 sm.
7. Kebolehpercayaan: r = 93. daripada lompatan menegak
(Sargent Chalk Jump)
UJIAN 8 - BALING BOLA KERANJANG
1. Definisi
: Keupayaan membuat balingan
bola kerajang dengan kedua-dua belah
tangan pada jarak maksimum ke arah hadapan dalamposisi
duduk melunjur di atas lantai.
2. Rasional : Kuasa dan kekuatan bahagian atas
badan adalah penting untuk
sukan
mendayung , kenu dan angkat berat
di samping beberapa
sukan lain.
3. Objektif : Untuk mengetahui tahap kekuatan otot bahagian atas
badan.
4. Peralatan : Pita
Ukur (30 meter)
Pita penanda
Bola Keranjang (saiz 7)
Pembaris
panjang (1 m)
5. Prosedur
5.1. Pita ukuran dilekatkan di atas lantai dengan
angka sifar (0 )
bermula dari dinding.
5.2 Murid duduk dengan posisi belakang badan menyandar pada
dinding. Posisi kepala, bahu dan
bahagian pinggul rapat ke dinding dan kedua-dua belah kaki melunjur
lurus serta rapat.
5.3. Pegang bola keranjang dengan menggunakan kedua-dua belah
tangan pada paras dada. Bola hendaklah dibaling ke hadapan sejauh mungkin
apabila isyarat diberikan.
5.4. Catatan ukuran diambil dari bahagian dasar bola yang
bersentuhan dengan permukaan lantai dari lantunan yang pertama oleh pegawai
penanda.
5.5. Murid diberi dua (2) percubaan. Balingan yang terbaik adalah
semasa balingan pada kedudukan 45°.
5.6 Pastikan
punggung murid tidak terangkat dan juga bahu tidak bergerak ke hadapan
semasa membaling bola ke hadapan.
6. Permarkahan : Catatan diambil hampir kepada
0.5 sm.
*** Perlu taburkan tepung pada
kawasan lontaran untuk memudahkan bacaan
lontaran.
UJIAN 9 - LOMPAT JAUH BERDIRI
1. Definisi : Keupayaan kekuatan kedua-dua belah kaki semasa
melompat.
2. Rasional : Kuasa
eksplosif otot kaki memberi kesan terhadap pencapaian beberapa jenis sukan dan permainan.
Contoh:
Bola tampar dan acara lompatan padang
3. Objektif : Untuk mengetahui tahap kekuatan
kuasa oksplosif otot kaki posisi
lompat berdiri
4 Peralatan : Pita Ukur
Skittle / Kon
Pita Penanda
Lantai bersimen
5. Prosedur
5.1. Tandakan garisan permulaan dan lekatkan pita ukur pada
lantai yang rata dengan tanda sifar (0) tepat berada di garisan permulaan.
5.2. Murid hendaklah berdiri dibelakang garisan permulaan. (tidak
memijak atau berdiri terlalu jauh dari garisan).
5.3. Murid
berdiri di hujung bebola kaki.
5.4. Murid membuat lompatan ke hadapan sejauh mungkin dengan
bantuan hayunan tangan.
5.5. Bacaan jarak lompatan dikira pada mana-mana bahagian tumit
yang paling ke belakang semasa mendarat dan skor diambil berdasarkan kepada
jarak lompatan yang terbaik.
5.6.
Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak dua (2) kali berturut-turut.
5.7 Murid
di wajibkan memakai kasut.
6. Permarkahan
: Bacaan diambil hampir
kepada 0.1 sm.
UJIAN 10 - LARI
ULANG ALIK ( 10 METER)
1. Definisi : Catatan masa yang paling singkat
untuk melakukan lari ulang alik 10
meter.
2. Rasional : Tahap ketangkasan memberi kesan
terhadap pencapaian dalam
beberapa
sukan dan permainan tertentu.
Contoh : Bola
Sepak, Olahraga , Badminton dan lain-lain
3. Objektif : Untuk mengukur tahap ketangkasan
dalam catatan masa yang paling
singkat.
4 Peralatan : Pita Ukur
Skittle / Kon
Pita
Penanda
Jam Randit
Lantai bersimen
Bongkah kayu (3” tinggi x 2” tapak
x 1” lebar ) – 2 unit
5. Prosedur
5.1 Tandakan
dua garisan untuk jarak larian 10 meter.
5.2 Letakkan
2 bongkah kayu di atas salah satu garisan 10 meter. Jarak antara dua (2)
bongkah kayu
adalah 30 sm. (tandakan)
5.3 Murid berdiri di belakang garisan yang bertentangan dengan
garisan yang diletakkan dua (2) bongkah kayu tersebut.
5.4 Apabila isyarat ‘mula’ diberikan, peserta akan berlari
menuju ke garisan yang diletakkan bongkah kayu, ambil satu daripada dua (2)
bongkah kayu tersebut dan berlari semula ke garisan permulaan. Letakkan bongkah kayu yang pertama di belakang
garisan permulaan. Lari semula ke garisan yang bertentangan, ambil satu lagi
bongkah kayu dan berlari semula ke garisan permulaan untuk menamatkan lari
ulang alik 10 meter.
5.5. Pastikan sebelah kaki murid melepasi garisan
semasa mengambil dan meletakkan bongkah
kayu.
5.6 Catatan masa mula dikira sebaik sahaja pegawai memberi
isyarat ‘mula’ (sedia, mula) sehingga ‘torso’ murid melepasi garisan setelah selesai mengambil bongkah kayu yang kedua seperti prosedur di atas. (Jumlah ulang alik sebanyak
4 kali)
Jika bongkah kayu terlepas dari tangan ujian akan
dilakukan semula.
5.7 Ujian
hendaklah dilakukan dua (2) mengikut giliran
6. Pemarkahan
:
Catatan masa terpantas diambil hampir
kepada 0.1 saat.
UJIAN 11 - LARIAN
ULANG ALIK ‘ BLEEP TEST’
1. Definisi : Pencapaian tahap (level)
tertentu mengikut keupayaan daya tahan
kardiovaskular.
2. Rasional :
Keupayaan dayatahan yang
tinggi memberi kesan terhadap
pencapaian
dalam beberapa
sukan / permainan tertentu
Contoh : Larian jarak jauh,
lumba basikal atau acara
‘marathon’
3. Objektif : Untuk mengukur tahap keupayaan daya tahan individu yang tercapai
dalam tahap
ujian ‘bleep’.
4 Peralatan : Pita Ukur
Skittle / Kon
Pita
Penanda
Pemain CD
CD yang mengandungi rakaman
rentak ‘Bleep’
Trek
5. Prosedur
5.1
Semua murid mula di belakang garisan permulaan dalam kedudukan statik
. Murid hanya
mula berlari apabila arahan ‘bleep‘ pertama kedengaran dari rakaman, itu menandakan
isyarat bermula. .
5.2 Ujian
ini dimulakan dengan memainkan rakaman
CD ujian ‘Bleep’
5.3 Pastikan alat perakam
ini jelas kedengaran oleh
murid-murid yang mengambil ujian..
5.4 Tandakan jarak 20 meter diantara 2 garisan bertanda dengan masking tape dan kon.
5.5.
Panjang garisan hendaklah bersesuaian dengan kegunaan dan bilangan peserta.
5.6 Dalam ujian ‘bleep’ murid hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada bunyi ‘bleep’ dan sebelah kaki hendaklah sentiasa
melepasi garisan sebelum bleep berikut kedengaran.
5.7 Sekira murid itu
melepasi mana-mana garisan sebelum bunyi
‘bleep’ berikut kedengaran,
murid itu hendaklah berhenti dan menunggu sehingga
bunyi bleep berikut berbunyi sebelum
memulakan larian seterusnya.
5.8 Semakin tinggi tahap ujian, bunyi bleep diantara
‘bleep’ akan menjadi cepat .
5.9 Murid-murid sekira tidak dapat sampai kemana-mana garisan
sebelum bunyi ‘ Bleep’ sebanyak dua (2) kali, murid itu akan di keluarkan dari
ujian tersebut. Skor pada tahap
kegagalan kedua merupakan pencapaian yang diperolehi oleh murid .
6. Pemarkahan : Catatan tahap
tertinggi yang dicapai oleh murid
merupakan skor .