Panduan Membina Flipbook dengan Flipsnack | VLE Frog

Tutorial bagi muat naik dan menyediakan buku digital ke dalam VLE Frog. 
Selamat mencuba cikgu - cikgu abad ke 21.




Terima kasih Cikgu Roiamah


MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) MARCH 2016 RESULT | SEMAKAN KEPUTUSAN MUET 2016

 MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) MARCH 2016 RESULT


 Please ensure the Identity Card Number provided are correct.


Semoga berjaya. Insyallah.

FROG VLE PELAJAR (1/7) Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan

Selamat sejahtera Cikgu sekalian. 


Kali ini saya sertakan Panduan Bagaimana Pelajar perlu lakukan untuk menyiapkan tugasan yang telah cikgu sediakan. Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit faedah kepada guru semua.

Selamat mencuba cikgu.
 Semoga usaha murni cikgu diberkati Allah s.w.t. Insyallah.

Terima kasih tuan video.

Cara membina site baru dalam vle frog

untuk guru-guru yang sedang belajar menggunakan vle frog

Pelaksanaan undang-undang poligami perlu diperketat



Pelaksanaan undang-undang perkahwinan yang membabitkan poligami di negara ini perlu dikaji semula berikutan banyak penyelewengan berlaku dalam kehidupan pengamal perkahwinan itu.

Exco Perhubungan Persatuan Peguam Muslim Malaysia Prof Madya Noor Awang Hamat berkata konflik yang timbul hasil perkahwinan kedua atau seterusnya, sering menyebabkan masyarakat memberi tanggapan negatif terhadap amalan poligami.

"Mungkin peraturan sedia ada perlu lebih diperketat atau disyaratkan dengan pelbagai peraturan seperti yang dijana dalam al-Quran dan hadis," katanya kepada Bernama pada Seminar Literasi Undang-Undang di Dewan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Mas di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pembangunan Wanita Negeri Kelantan Nur Laila Matlin.

Noor Awang berkata kesedaran orang ramai untuk memahami hak dan kewajipan bagi pasangan yang mengamalkan poligami terutamanya yang membabitkan keadilan dari segi nafkah dan urusan kehidupan seharian semua isteri dan anak-anak mereka.

"Dalam konteks Malaysia hari ini, saya melihat perlunya membina keluarga bahagia dahulu sebelum berhasrat membina sebuah keluarga baharu yang lain.

"Mereka yang ingin berpoligami perlulah menilai kemampuan diri sendiri terlebih dahuku kerana ia sunah dan tidak salah di sisi agama," katanya.

Dalam pada itu, Noor Awang berkata perkahwinan di Thailand mungkin menjadi penyelesaian bagi kes tertentu seperti pasangan terlanjur, perkahwinan tidak dipersetujui keluarga atau wali serta poligami.

Namun, katanya pasangan yang berkahwin di Thailand perlu segera mengesahkan perkahwinan mereka bagi menjamin hak pasangan terutama isteri terbela jika berlaku sesuatu dalam perkahwinan. - Bernama

Ibu: Setinggi Pengorbanan Sedalam Kasih Sayang

 

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah, “Siapakah manusia yang berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya? ” Baginda menjawab, “Ibumu.” Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Ayahmu.” (Shahih al-Bukhari, no:5971) (Status Mohd Fadli Yusof 8 Mei 2011)

Satu ketika, sedang melaksanakan tawaf, Rasulullah ﷺ bertemu dengan seorang anak muda yang bahunya melecet. Setelah selesai tawaf Rasulullah ﷺ bertanya kepada anak muda itu, ”Kenapa bahu kamu itu?” Jawab anak muda itu, ”Ya Rasulullah, saya dari Yaman. Saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, ketika solat, atau ketika istirahat, selain itu sisanya saya selalu menggendongnya.”

Kemudian anak muda itu bertanya, ”Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua?” Nabi ﷺ sangat terharu mendengarnya, sambil memeluk anak muda itu beliau bersabda, ”Sungguh Allah redha kepadamu, kamu anak yang soleh, anak yang berbakti. Tapi anakku, ketahuilah, cinta orang tuamu tidak akan terbalaskan oleh pengorbanan dan kebaikanmu.”



Kasih sayang dan cinta seorang ibu kepada anaknya tidak akan terbalas dan tidak akan ternilai dengan apa pun. Perjuangan seorang ibu untuk seorang anak sangat luar biasa. Ketulusan dan kesabarannya dalam menjaga seorang anak sejak dari kandungan hingga anak tersebut dewasa dan bahkan hingga si anak sudah berkeluarga tidak akan tergantikan.

Seorang ibu rela mempertaruhkan nyawanya hanya untuk kehidupan si anak. Ketika melahirkan, si ibu meletakkan nyawanya dihujung rambut, bertarung maut demi kelahiran anaknya. Bahkan, untaian doanya tidak pernah terputus untuk seorang anak sejak dalam kandungan lagi. Mereka selalu berharap dan memohon kepada Allah agar anaknya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Siapa lagi yang memberi kasih sayang yang paling mendalam dan pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup seorang anak, selain ibu?...Itulah kasih sayang yang Allah pinjamkan ke dalam hati seorang ibu, kasih sayang yang hebat, dari Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Maka Allah yang Maha Pengasih itu berpesan kepada seluruh manusia (yang beriman atau tidak), agar berbuat baik kepada insan yang bergelar ibu ini, juga bapa...

وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٍ۬ وَفِصَـٰلُهُ ۥ فِى عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡڪُرۡ لِى وَلِوَٲلِدَيۡكَ إِلَىَّ ٱلۡمَصِيرُ

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Luqman 31:14)

Rasulullah ﷺ perintahkan memuliakan ibu sebanyak tiga kali, kemudian bapa, menunjukkan betapa penting dan beratnya penekanan Rasulullah agar anak-anak memulia dan melayan ibu sebaik-baiknya.

Hinggakan Rasulullah ﷺ meletakkan kedudukan ibu itu selepas keutamaan solat, dan di atas dari jihad.

Dari Abu Abdirrahman yaitu Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: Saya bertanya kepada Nabi ﷺ: "Manakah amalan yang lebih tercinta disisi Allah?"

Beliau menjawab: "Iaitu solat menurut waktunya." Saya bertanya pula: "Kemudian apakah?" Beliau menjawab: "Berbakti kepada orang tua." Saya bertanya pula: "Kemudian apakah?" Beliau menjawab: "berjihad fisabilillah." (Muttafaq 'alaih)

Pernah Rasulullah ﷺ melarang seorang sahabat untuk berjihad di jalan Allah dan memerintahkan untuk menjaga ibunya yang masih hidup. Rasul bersabda, ”Jika demikian tinggallah bersamanya kerana syurga berada di bawah kakinya.” (HR Ibnu Majah dan Nasai).



Anak-anak hari ini ramai yang tidak mengenali ibu, betapa ibulah yang melahirkan dengan izin Allah, dan kasih sayangnya bermula sebelum kita dikandungnya...ketika angan-angannya bersama si ayah...jika kita dikurniakan anak..kita akan pelihara ia baik-baik, akan beri sepenuh kasih sayang...akan didik dia jadi insan berguna, jadi soleh atau solehah.

Sebab itu, bila kita bicarakan topik ibu dan ayah, tidak dapat tidak, mesti terkait persoalan pengorbanan dan kasih sayang, kerana apa?

Kerana ibu dan ayah ialah sepasang insan yang telah mencurahkan PENGORBANAN yang paling tinggi (yang tidak pernah diberikan oleh insan-insan lain), serta mencurahkan KASIH SAYANG yang paling mendalam, tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Kasih sayang mereka bermula sebelum kita dikandung...telah subur jiwa berkorban sebelum si anak dikandung dan dilahirkan. Kemudian apabila ibu mula mengandung, kandungan makin membesar hari demi hari, bulan demi bulan...hingga sembilan bulan lebih..

Makin hari makin memberat kandungan, dan kandungan itu dibawa ke mana-mana, tidak pernah sedetikpun ditinggalkan, ibu makin hari main lemah, kadangkala ibu pening, ibu terjatuh, terkadang giginya patah...tapi ibu tidak pernah mengeluh atau marahkan si anak dalam kandungan, malah semakin hari semain kasih ia. Itu semua pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.

Pengorbanan dan kasih sayang itu juga tidak terkecuali bagi si ayah. Waktu itu ayah akan lebih keras bekerja, menyediakan persediaan dan keperluan bagi anak yang bakal lahir. Pening ia memikirkan kos bersalin...pakaian...susu...tilam...bantal dan lain-lain. Bagi yang kurang berada, terpaksalah berjimat, demi menyambut orang baru yang amat dikasihi, walau belum pernah melihat wajah si anak.

Pengorbanan si ibu sekali lagi sewaktu melahirkan si anak, berjuang antara hidup dan mati. meletakkan nyawanya di hujung rambut, demi kelahiran anaknya yang telah dikandung sembilan bulan. Sakitnya bukan kepalang, hingga dikatakan sakit bersalin itu adalah sakit yang kedua tersakit setelah sakitnya mati.

Hinggakan Rasulullah meletakkan, jika seorang ibu itu mati ketika melahirkan anaknya, dikira sebagai mati syahid.

Rasulullah ﷺ bersabda: ““Tahukah kalian siapa syuhada dari ummatku? orang-orang yang ada menjawab: Muslim yang mati terbunuh” beliau bersabda: Kalau hanya itu para syuhada dari ummatku hanya sedikit. Muslim yang mati terbunuh adalah syahid, dan mati kerana penyakit kolera adalah syahid, begitu pula perempuan yang mati kerana bersalin adalah syahid (anaknya yang akan menariknya dengan tali pusarnya ke syurga)”(HR. Ahmad, Darimi, dan ath-Thayalusi)

Adakah seorang insan selain ibu sanggup menggadai nyawanya sebagai taruhan melahirkan kita? Malah setelah kelahiran berlaku, ibu tidak terus sihat, dia terus tidak bermaya, keletihan dan sakit kerana melahirkan...tetapi bila dengar tangisan si anak, hilang segala keletihan dan kesakitan.

Setelah kelahiran, bermula satu lagi episod pengorbanan ibu. Ibu akan berjaga sepanjang malam untuk menyusukan, melayan akan yang menangis kerana kebasahan kencing atau kelaparan..

Kasih sayang ibu terserlah lagi...ketika badan si anak penuh najis kerana kencing dan berak, ibu menghadiahkan ciuman kepada anaknya. Mengapa anak dalam keadaan busuk itu dicium juga? Kerana di hati ibu ada cinta yang amat mendalam.

Berapa kali kejadian ini berlaku? berulangkali, berkali-kali...kerana ibu mengorbankan masa tidur dan rehatnya demi menjaga si anak agar tidak basah, lapar atau diganggu nyamuk.

Itulah ibu yang kita tinggalkan kini di kampung... (bagi yang masih punya ibu) Hebatnya kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu...pastinya tidak terhenti di situ...sepanjang hayatnya ibu tetap berkorban dan menyayangi anak-anaknya. Dia terus berkorban memandaikan si anak, mendidik anak, bukan sekadar makan dan pakai sahaja.

Terlalu banyak jasa ibu. Pengorbanan dan kasih sayang ibu dikenang hingga ke Akhirat. Tiada sebarang alasan untuk memutuskan hubungan antara anak dan ibu bapa walaupun mereka masih kafir sedangkan anaknya telah Islam.

Dari Asma' binti Abu Bakar as-Shiddiq r.ha, katanya: "Ibuku datang ke tempatku sedang dia adalah seorang musyrik di zaman Rasulullah. Iaitu di saat berlangsungnya perjanjian Hudaibiyah antara Nabi ﷺ dan kaum musyrikin.
Kemudian saya meminta fatwa kepada Rasulullah ﷺ, saya berkata: "Ibuku datang padaku dan ia ingin meminta sesuatu, apakah boleh saya hubungi ibuku itu, padahal ia musyrik?" Beliau ﷺ bersabda: "Ya, hubungilah ibumu." (Muttafaq 'alaih)

Seorang anak perlu ingat pesanan ini:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا

dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Al-Isra':17:23)"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan

 وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

محمد فضلي بن يوسف
04 Jamadil Akhir 1432H
08 Mei 2011

Silakan tag@share
(Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150240642416719)

NAMA - NAMA BAYI PEREMPUAN YANG BAGUS


Nama bayi Awalan A
1. AFIFA FITIYA
Anak perempuan yang suci dan memiliki harga diri
2. AFRA NAILA ARKARNA
Anak perempuan sebagai anugerah di malam ke-13 bulan
purnama yang menerangi hati
3. AINA TALITA ZAHRAN
Mata seorang gadis yang berkilau
4. AINIYA FAIDA AZMI
Anak yang memiliki ketegaran hati dan bermanfaat bagai
pohon rimbun yang bersemi
5. AINUN MAHYA
Mata yang bersinar
6. AISHA ALIFA
Keramahtamahan yang hidup
7. AISHA FARHANA
Anak perempuan yang hidup dan bergembira
8. AKIFA NAILA
Wanita yang raji beritikaf di masjid dan suka memberi
9. ANNISA FAIHA
Anak perempuan yang memiliki banyak kelebihan
10. ANNISA KASTURI NAIM
Anak perempuan penghuni surga yang harum bagai bunga
kasturi
11. ARIQA FATINA
Anak perempuan baik budi dan menarik hati
12. ASKANA SAKHI
Anak perempuan yang baik hati dan murah hati
13. ASSYIFATU HAIFA
Anak perempuan yang bagaikan obat penawar dahaga
14. ATHIFA FARIHAN WARDA
Anak perempuan yang memiliki perasaan gembira bagai bunga
mawar
15. ATIKA BALQIS AZIZAH
Ratu mulia yang pemurah
16. ATIKA ZAHRA RATIFA
Anak perempuan yang berakhlak baik, pemurah dan berseri-
seri
17. ATIQA FAIRUZ KHALISA
Anak perempuan yang cantik bagai permata murni
18. AULIA IZZATUNNISA
Anak perempuan yang penuh rasa cinta dan kemuliaan
Nama bayi Awalan B
19. BADRIYYA SHALIHA
anak perempuan yang cantik dan shalihah
20. BAHIYYA ATIQA FAIHA
anak perempuan yang cantik yang memiliki keindahan dan
banyak kelebihan
21. BAITI DURRIYA
Rumahku adalah cahaya mutiara
22. BALQIS ADZRA
Ratu yang terhormat
23. BARIA KAMILIA
Anak perempuan yang bagaikan pepohonan yang selalu hijau
dan unggul
24. BASIMA SHALIHA
Senyuman anak perempuan yang shalihah
25. BASIMA WARDATUL ZHAHIRA
Anak perempuan yang tersenyum bagai bunga mawar yang
bercahaya
26. BASYASYA AFIFA
Anak perempuan yang memiliki wajah berseri-seri sedang
mensucikan diri
27. BILQIS FAIHA RIFDA
Ratu yang memiliki banyak kelebihan pemberi pertolongan
28. BILQIS UFAIRA
Ratu yang pemberani
29. BURAIRA BALQIS FAIHA
Ratu yang memiliki banyak kelebihan dan selalu berbuat baik
30. BUSYRA FITRIYANI
Kabar gembira dari anak perempuan yang suci
31. BUTSAINA IFTITAH NAILA
Permulaan dari anak perempuan yang cantik adalah anugerah
Nama bayi Awalan D
32. DALIYA ZAHRA KHASIEB
Anak perempuan yang bagaikan bunga pohon anggur yang
subur
33. DARY ARRIFDA
Anak perempuan pemberi pertolongan yang lemah lembut
34. DARY AZZALFA
Anak perempuan yang bagaikan permukaan mutiara yang
lembut
35. DIANA DURRIYATUL JANNA
Agama yang bercahaya bagai mutiara surga
36. DIANA SYAUQIA
Anak perempuan yang bagaikan agama yang dirindukan
37. DURATU ANNASIHA
Mutiara nasihat
38. DURATUL HIKMAH
Mutiara Hikmah
39. DURRATUL JINAN
Mutiara Surga
40. DURRRIYA NAILA TALITA
Gadis yang suka memberi bagaikan cahaya mutiara
41. DZAKIRA AFTANI
Anak perempuan yang memiliki ingatan yang mengagumkan
42. DZAKIRA TALITA ZAHRA
Gadis yang berzikir bagai bunga
43. DZAKIYYA TALITA SAKHI
Gadis cerdas yang murah hati
Nama bayi Awalan F
44. FADYA JAMIL ANNIDA
Seruan indah yang menyelamatkan
45. FAIDA ANNAILA
Pemberian yang bermanfaat
46. FAIHA NADA ZALFA
Anak perempuan yang bagaikan embun di kulit mutiara yang
banyak kelebihannya
47. FAIZA ALYA AZIZA
Pemenang yang tinggi dan mulia
48. FAJRA NADA NADIFA
Anak perempuan yang bagaikan embun pagi yang bersih
49. FAKHIRA SALWA NABILA
Burung puyuh yang bagus dan cerdik
50. FANY AZHAR AZIZA
Bunga yang fana dan mulia
51. FARAH AZHAR
Anak perembuan yang bagaikan Bunga-bunga dan kesenangan
52. FARHANA RAQWANI
Kemajuan yang menggembirakan
53. FARIDA KAMILA ZUHDI
anak perempuan yang bagaikan permata yang mahal dan
sempurna yang rendah hati
54. FATIHA RUSYDA ADDIEN
Agama pembuka jalan yang lurus
55. FAUZIA RAFIFA
Anak perempuan yang berakhlak baik adalah kemenangan
yang gemilang
56. FITRI SYAFIA
Anak perempuan yang suci dan sehat
Nama bayi Awalan G
57. GHAZIYA HAFIZA
anak perempuan pejuang yang menjaga kesuciannya
Nama bayi Awalan H
58. HAFIZA KHAIRA LUBNA
Kebaikan dan kecerdasan yang terpelihara kesuciannya
59. HAIFA AISH FAIHA
Anak perempuan yang ramping dan memiliki banyak kelebihan
60. HAMDA SAKHIA
Anak perempuan yang banyak bersyukur dan murah hati
61. HANA AISH SALMA
Anak perempuan yangyang bahagia dan selamat
62. HANA KHAIRUNNISA
Sebaik-baiknya anak perempuan yang bahagia
63. HANIA SYAKIRA
Ucapan selamat dan rasa syukur
64. HANIFA RASYIDA
Muslimah yang teguh dan tegar
65. HASNA NABILA
Anak perempuan yang cantik dan cerdik
66. HAURA NAZHIFA
Anak perempuan yang berkulit putih dan bersih
67. HUSNIA RANI ZAHRA
Bunga yang indah dan mempesona
Nama bayi Awalan I
68. IFFA ASTILA RAHMA
Anak perempuan yang memiliki keturunan yang baik, rasa
hormat dan kasih sayang
69. IFTINA ASSYABIYA RAFIFA
Gadis kecil yang berakhlk baik yang mengagumkan
70. ILMI SUHAIMA
Anak perempuan yang memiliki ilmu tentang keberuntungan
71. IMA SHABIRA
Pemimpin yang penyabar
72. INAYA AZMI ATHIFA
anak perempuan yang memiliki perhatian, keteguhan hati dan
perasaan
73. INAYA AZMI ATHIFA
anak perempuan yang memiliki perhatian, keteguhan hati dan
perasaan
74. INAYA RAFA
Anak perempuan yang memiliki perlindungan yang tinggi
75. INSYIRA FAUZIA
Kegembiraan atas kemenangan yang gemilang
76. IRTIA NAZIHA
Kesenangan yang jauh dari hal-hal yang buruk
77. IZA NAJDA
Anak perempuan yang memiliki keberanian dan kehormatan
diri
Nama bayi Awalan J
78. JAMILA RAFIF LUTHFIA
Anak perempuan yang cantik dan lembut yang berakhlak baik
79. JANNATU SAUQIYA
Anak perempuan bagaikan surga yang dirindukan
80. JARIA SALSABILA
Amal yang tak terputus laksana mata air surga
81. JAUHARA ZAHRANI
anak perempuan yang bagaikan permata yang berkilauan
82. JAUZA JAHIRA
Anak perempuan yang bagaikan buah kenari yang berkilau
83. JIHAN TALITA ULFA
Gadis berwawasan luas yang ramah
84. JUHAINA ZAKIYA
anak perempuan yang bagaikan kebun yang tumbuh dengan
baik
Nama bayi Awalan K
85. KALILA RIFDA
Anak perempuan yang memberi pertolongan dengan lemah
lembut
86. KAMILIA ULFA
Persahabatan yang sempurna
87. KARIMA HAURA ZUHDA
Anak perempuan berkulit putih yang mulia dan rendah
hatiWanita berkulit putih yang mulia dan rendah hati
88. KHADZIYA NISRINA
Bunga mawar putih yang harum baunya
89. KHAIRA TALITA RUMI
Gadis yang baik hati laksana seorang penyair Ibnu Rumi
90. KHAIRUNNISA SALSABILA
Sebaik-baiknya wanita laksana mata air surga
91. KHALIFA SAKHI
Anak perempuan sebagai pemimpin yang murah hati
92. KHANSA SABIHA
Semoga seperti seorang pejuang muslimah yang wajahnya
berseri-seri
93. KHATAMI SAHIRA
Mata air terakhir
94. KHAZANA RIDHA NAILA
Anak perempuan yang suka memberikan hartanya dengan
ikhlas
Nama bayi Awalan L
95. LABIBAH ZAKIYYA
Anak perempuan yang cerdik dan cerdas
96. LAILA FAIHA
Malam yang memiliki banyak kelebihan
so
97. LAIMUNA HAURA HASNA
Gadis berkulit putih yang cantik laksana jeruk yang manis
98. LATIFA QOTRUNNADA
anak perempuan yang lembut bagaikan tetesan embun
99. LUJNA KAMILA
Bukit datar yang ditumbuhi pepohonan yang selalu hijau
100. LUQYANA FARHA
Perjumpaan kita yang menggembirakan
101. LUTHFIA NISRINA
Gadis yang lembut bagaikan bunga mawar putih
102. LUTHFIA ZAHRA TALITA
Gadis lemah lembut yang selalu berseri-seri
Nama bayi Awalan M
103. MAHDIYATU SYAUQIYA
Anak perempuan yang selalu rindu mendapatkan hidayah
104. MAHIRA HASNA KAMILA
Kepandaian dan kecantikan yang sempurna
105. MAISYARA SALSABILA
Ketenangan mata air surga
106. MARDIYATU EL-HAZIMA
Anak perempuan yang teliti dan mendapatkan keridhoan Allah
107. MAWADDATU SHIFWA
Kasih sayang seorang sahabat akrab
108. MUAZARA ULFA
Anak perempuan yang mendapatkan pertolongan dari
persahabatan
109. MUFIDA SALSABILA
Anak perempuan yang bermanfaal laksana mata air surga
Nama bayi Awalan N
110. NABILA HASNA AMIRA
Kecerdikan dan kecantikan seorang ratu
111. NADA FAJRIA SALSABILA
Embun pagi dari mata air surga
112. NADHIFATUL AZHAR
Bunga-bunga yang bersih
113. NAFLA SYAKIRA
Bunga matahari yang pandai bersyukur
114. NAILA MUAZARA ULFA
Anak perempuan yang suka memberi pertolongan dan
keramahan
115. NAJWA KHAIRA WILDA
Bisikan kebaikan dari seorang bidadari
116. NAURA HASNA ANNIDA
Anak perempuan yang mempesona bagai bunga yang indah
117. NAURA NADHIFA AKMAL
Bunga yang bersihnya lebih sempurna
118. NIDA RANIA FAJRIA
Seruan yang mempesona di pagi hari
119. NISRINA ARIJ HISANA
Bunga mawar putoh yang sangat harum dan cantik
120. NUDA BAHIRA RAMADHANI
Pelangi yang indah di bulan Ramadhan
Nama bayi Awalan Q
121. QONITA ISMAN TAQIYYA
Anak perempuan yang taat kepada suami dan bertaqwa
kepada Tuhannya
122. QOSAMA AFKAR BASHIRA
Keindahan dari buah pikiran yang bijaksana
123. QOTRUNNADA SALSABILA
Tetesan embun dari mata air surga
Nama bayi Awalan R
124. RAFIA FATINA
Anak perempuan anggun yang menarik perhatian
125. RAFIFATU RIFDA
Anak perempuan yang berakhlak baik dan suka memberi
pertolongan
126. RAHIMA TALITA SHALIHA
Gadis baik yang penuh kasih sayang
127. RAHMA SHAFIYYA
Kasih sayang dari seorang kawan yang tulus
128. RAIDA FAKHIRA
Pemimimpin perempuan yang membanggakan
129. RAIHANA YASMINA FAIHA
Bunga melati yang harum dan memiliki banyak kelebihan
130. RANIATU JANNA
Surga yang mempesona
131. RASYIDATU MARWA
Petunjuk jalan yang lurus di bukit Marwa
132. RASYIDATU NAJA
Petunjuk yang menuju keselamatan
133. RASYIDATU SHAFA
Petunjuk jalan yang lurus di bukit Shafa
134. RAUDHATU JANNA
Taman surga
Nama bayi Awalan S
135. SAHLA SAIDA
Anak perempuan yang mendapatkan kemudahan dan
kebahagiaan
136. SAKINATU MARWA
Ketengangan saat berada di bukit Marwa
137. SALIMA NAZIHA
Anak perempuan yang selamat dan bersih dari noda
138. SALSABILA NADHIFA
Mata air surga yang bersih
139. SALWA ZAKIYYA
Burung puyuh yang tumbuh dengan baik
140. SAYYIDA HAKAMA
Pemimpin perempuan yang bijaksana
141. SAYYIDATU HAIBA
Pemimpin perempuan yang berwibawa
142. SHOFIE SALSABILA
Mata air surga yang jernih
143. SUHAILA ILMA NAFIA
Kemudahan dalam mendapatkan ilmu yang bermanfaat
144. SUKAINA FARIHA
Anak perempuan yang tenang dan periang
s
145. SYAFIYYA RAHMA
Seorang teman yang tulus penuh kasih sayang
146. SYAWWAL HUSNAYAN
Bulan Syawwal yang penuh kemenangan
147. SYIFA SAUQIYA
Anak perempuan laksana obat penawar rindu
Nama bayi Awalan T
148. TAHANY SYAKIRA
Ucapan selamat dan rasa syukur
149. TALITA HASNA HUMAIRA
Gadis yang cantik yang pipinya kemerah-merahan
150. TAMIMATU EL-QAIDA
Pemimimpin perempuan yang kuat
151. TASMIRA KAMIL
Permata yang indah dan sempurna
152. TASNIM THUFAILA
Angin semilir yang lembut dan halus
153. TSABITA SHIFWA
Sahabat yang memiliki keteguhan hati
Nama bayi Awalan U
154. UFAIRA NUR AFIFA
Anak perempuan pemberani yang memancarkan cahaya
kesucian diri
155. ULFA ALIYA FITRI
Anak perempuan yang memiliki rasa persahabatan yang tinggi
dan suci
156. ULFA KHAIRUNNISA
Sebai-baik wanita yang ramah terhadap orang lain
157. ULFA RAHMA HAYATI
Wanita yang penuh rasa persahabatan dan kasih sayang
dalam kehidupanku
158. UZDA JAMILA
Anak perempuan yang memiliki kelebihan yang indah
159. UZDA SHAFIYYA
Kawan yang tulus dan memiliki kelebihan
Nama bayi Awalan W
160. WAFIYATU WARDA
anak perempuan yang bagaikan bunga mawar yang sempurna
161. WARDA FATINA
Bunga mawar yang mengagumkan
162. WAZIRA HUWAIDA
Menteri wanita yang lemah lembut
Nama bayi Awalan Y
163. YAFIA AZHAR
Bunga-bunga yang tinggi
164. YASMINA KHAIRUNNISA
The best woman like jasmine
165. YUMNA FARIHA
Anak perempuan yang mendapatkan beruntung dan bahagia
166. YUSRIYYA KAMILA
Anak perempuan yang bagaikan kemudahan yang sempurna
Nama bayi Awalan Z
167. ZAHIDA QALBI NADHIFA
Anak perempuan rendah hati yang memiliki hati yang bersih
168. ZAHIRA FAIRUZ
Anak perempuan yang bercahaya bagaikan permata
169. ZAHIYA KAMILIA
Indah bagaikan pepohonan yang selalu hijau
170. ZAHRA ALMAIRA RAHMAN
Putri (kerajaan) bunga yang penuh kasih
171. ZAHRA AMIRA RAHMANI
Anak perempuan yang bagaikan Bunga yang memimpin
dengan kasih sayang penuh kasih
172. ZAHRATU NIDA
Bunga yang mempesona
173. ZALFA NAQIYYA
Permukaan mutiara yang jernih
174. ZARA NADIA AKHYAR
Fajar menyingsing yang mengawali segal Kebaikan

Jika Bermanfaat silahkan Di Share

Download Video Youtube Paling Mudah Cepat Pantas | Download Youtube Video Semudah ABC

ok, terus kepada point utama kita iaitu, DOWNLOAD VIDEO YOUTUBE DENGAN CEPAT MUDAH DAN PANTAS. 



Ikuti beberapa langkah mudah untuk install extension ke dalam Browser anda... sekali je install dan senang selamanya.. download youtube semudah ABC..

1. Pastikan ada perisian Firefox.. 

2. Klik pada garisan tiga seperti dalam gambar di atas ya, 
dan seterusnya, klik Add ons ....


 3. Carian Youtube seperti dalam gambar di atas dan step ke 4, pilih seperti yang saya bulatkan tu, dan akhirnya klik INSTALL ... setelah siap instal, cuba buka youtube web... dan rujuk gambar di bawah ini...

 5. nah. ada ada petak DOWNLOAD. bila nak download, klik jer bahagian tu, pilih saiz yang diinginkan, dan download terus.. he he he

Silakan share ilmu ini. Supaya semua dapat menguasai ilmu ini. Insyallah.
abam ming. Powered by Blogger.