Syarat-syarat kelayakan permohonan
Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200)
i. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon;
ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (Harga maksima RM500);
iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
v. Satu telefon hanya untuk satu belia;
==========================================================
Rebat RM200: 5,500 daftar hari pertama
Hampir 5,500 belia, berumur 21 hingga 30 tahun, telah mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) bagi pembelian telefon pintar selepas pendaftarannya dibuka semalam.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pada masa ini, penyedia perkhidmatan masih mengemas kini model telefon pintar dan senarai ejen mereka di laman sesawang masing-masing.
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
Berikut adalah senarai telefon pintar yang ditawarkan di bawah PKB sehingga semalam: Alcatel 993D, Alcatel OneTouch Glory 2, Alcatel OneTouch Inspire 2, Blackberry Torch 9800, The Buzz Phone, HTC Wildfire, HTC Wildfire S, Huawei Ideos X3, LG Optimus L3, LG L3 E400, LG L3 E405.
Motorola XT311, Ninetology Black Pearl II, Ninetology Palette, Nokia Asha 311, Nokia Lumia 610, Samsung Galaxy Chat, Samsung Galaxy Mini, Samsung Galaxy Pocket, Samsung Galaxy Y, Samsung Galaxy Y Duos, Sony Xperia Tipo Dual, Sony Xperia Tipo Single, ZTE Acqua dan ZTE V790.
Menurut kenyataan itu, syarikat penyedia perkhidmatan terlibat komited untuk terus menambah baik pilihan model telefon pintar dari semasa ke semasa dengan menawarkannya pada harga yang kompetitif seperti yang diumumkan sebelum ini.
SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. - Bernama
============================================================================
ambe beres doh daftar .. :) |
komen dan kongsi dengan rakan anda yang lain .. jangan makan sorang .. hehe