Widgets

Ekin Mengandung Tujuh Minggu


Penyanyi Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi mengakui isterinya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin kini hamil 7 minggu selepas berkahwin hampir tiga tahun lalu.

Mawi berkata, dia dan Ekin mengetahui berita gembira itu selepas mengadakan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor kira-kira dua minggu lalu. "Kami berjumpa doktor dua minggu lalu, selepas mendapati kitaran haid Ekin tidak stabil dan doktor mengesahkan Ekin hamil 7 minggu.

"Namun saya tidak berani untuk bercakap banyak kerana ia masih lagi terlalu awal untuk diperkatakan sebab dalam tempoh seawal itu macam-macam boleh terjadi," ujarnya ketika ditemui semasa rakaman Konsert Raya 1 Malaysia Muzik FM di sini, Selasa. Jelas Mawi, buat masa ini doktor menasihatkan agar Ekin mendapat rehat secukupnya dan tidak banyak bergerak.

"Dia dinasihatkan agar banyak berehat bagi menjaga kandungannya. Lagi pula dia pernah mempunyai sejarah keguguran dua kali," tambahnya. Ketika ditanya tentang perasaannya yang bakal bergelar bapa, Mawi berkata dia bersyukur dan gembira dengan berita tersebut.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira. Ini mungkin rezeki selepas menunaikan umrah pada bulan April lalu, "Saya berharap peminat dan masyarakat mendoakan agar semuanya selamat," katanya yang tidak berharap kepada jantina bayi tersebut.

Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.