Pentomin adalah lakonan situasi tanpa dialog manakala skripnya akan dibaca oleh pelajar lain mengiringi lakonan tersebut. Lakonan jenis ini dapat memberi peluang kepada pelajar berlakon dengan yakin tanpa memikirkan masalah menghafaz dialog.
Melalui aktiviti pentomin , Nellie Mc.
Caslin (1984) dalam buku Drama Dalam Pengajaran Bahasa , menyatakan
bahawa pelajar-pelajar dapat melatih diri dalam menguasai kemahiran
mendengar iaitu ia harus meneliti dan mendengar skrip yang dibaca agar
ia dapat melakonkan watak itu seperti yang diperlukan oleh skrip.
melalui aktiviti pentomin ini juga, pelajar diberi peluang untuk
malahirkan perasaannya melaui gerak badandan bukan melalui kata-kata.
Ini dapat membina keyakinan diri dan motivasi kepada pelajar-pelajar
yang lemah dalam kemhiran lisan.
Guru harus memperkenalkan pentomin tentang
sesuatu cerita dengan langkah-langkah yang mudah. Di sampin itu, ia
perlu menerangkan dan menerangkan apakah pentomin yang perlu dilakukan
oleh seseorang pelakon sebelum pelajar berlakon. Misalnya guru boleh
berpentomin bagaimana membuak hadiah hari jadi, memotong rumput di
padang, menangkap ikan dan sebagainya.
Permainan teka teki atau tajuk nyanyian
boleh dijadikan aktiviti permulaan pada pentomin. Pelajar perlu
melakonkan pentomin secara individu untuk memahirkan teknik-teknik itu
dahulu sebelum mempentominkan dengan dua orang apabila sudah mahir dalam
teknik ini, ia boleh mencuba pentomin itu dalam kumpulan yang
memerlukan penyelarasan dengan beberapa orang pelakon yang lain. Untuk
pentomin kumpulan, seorang pelajar boleh membaca cerita dengan suara
yang kuat seambil melakonkan pentomin itu.
Aktiviti ini boleh dijalankan dengan
iringan muzik latar yang sesuai. Guru dan pelajar yang menjadi penonton
menyediakan ruang lakonan dan peralatan yang diperlukan.
Ciri-ciri Pentomin
Sebelum melaksanakan pengajaran dengan
menggunakan teknik drama dengan aktiviti pentomin di bilik darjah, guru
sewajarnya mengetahui ciri-ciri pentomin. Antara ciri-ciri pentomin
adalah seperti berikut:-
- Tanpa Dialog - Pengendalian aktiviti pentomin adalah mudah. Semasa beraksi pelakon tidak perlu berdialog. Kemudian ini memberi peluang kepada pelajar berlakon dengan penuh yakin tanpa memikirkan masalah menghafaz dialog. Arahannya dapat difahami melalui suara.
- Apresiasi terhadap watak – Pelakon seharusnya terlebih dahulu menghayati skrip bersama-sama dengan pembaca skrip sebelum memulakan lakonan. Ini supaya lakonan dapat diselaraskan dengan skrip yang dibaca oleh pelajar lain. Tumpuan perhatian hanya kepada latihan aksi dan teknik persembahan sahaja.
- Tanpa Prop – ketika melaksanakan aktiviti ini, prop tidak dipentingkan. Pelakon hanya melakonkan aksi sahaja. Contohnya, perbuatan m,engasap kemenyan tanpa menggunkan kemenyan dan bara api, doktor merawat pesakit tanpa menggunakan alat dan sebagainya.
- Menggunakan kostum yang sedarhana – Pelakon tidak perlu bersolek atau berhias dan berpakaian yang berlebihan ketika mempersembahkan pentomin. Sudah mencukupi sekiranya pelakon hanya memakai sebuah topeng atau memberikan gambaran yang sedarhana. Dengan kata lain, pentomin dapat menjimatkan kos dan tidak perlu berbelanja banyak.
- Pemilihan bahan – guru mempunyai banyak pilihan dalam menentukan
bahan yang akan digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan teknik drama dengan aktiviti pentomin ini. Antara yang boleh
dan difikirkan sesuai digunakan oleh guru ialah:
- Cerita dan skrip
Puisi ( sajak, nyanyian, syair, mentera dan sebagainya.