Teknik Kerusi Panas
Kerusi panas(hot sitting) ialah satu
teknik dalam latihan asas penghayatan watak dan perwatakan. Teknik ini
sering digunakan dalam latihan asas teater untuk membuat justifikasi
tentang perwatakan sesuatu peranan yang dilakonkan. Biasanya pelakon
akan diberikan satu peranan ( berdasarkan skrip) dan pelakon akan cuba
mengimaginasikan gaya atau aksi watak tersebut dalam semua aspek seperti
cara bercakap, cara berjalan, pemikirannya atau seumpamanya. Pelakon
juga dikehendaki mengkaji berapakah umur, watak, gambaran fizikalnya dan
bagaimanakah dia bertindak. Dalam aktiviti kerusi panas, kita boleh
melihat pelbagai aspek pada diri watak yang dikaji berdasarkan teks yang
disediakan.
Langkah pelaksanaan teknik kerusi panas.
- Guru memilih seorang murid yang akan memainkan peranan watak sipenjaga panggung dalam cerpen idola.
- Murid yang dipilih dikehendaki duduk di atas kerusi di hadapan kelas, menghadap pelajar lain.
- Beberapa orang murid mengemukakan soalan kepada si penjaga panggung berdasarkan peranannya sebagai watak utama dalam novel tersebut dan sipenjaga penggung menjawab secara spontan. Semasa sesi penyoalan ini guru mengawal kelas dan menghentikan apabila masa cukup.
- Guru merumuskan watak dan perwatakan si penjaga panggung.
Cara pelaksanaan aktiviti kerusi panas
- Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.
- Setiap kumpulan dibahagikan tugas untuk membincangkan watak dan pereatakan yang telah ditetapkan iaitu watak dan perwatakan si penjaga panggung untuk kumpulan 1, watak dan perwatakan isteri untuk kumpulan 2, dan watak dan perwatakan hero untuk kumpulan 3.
- Setiap kumpulan diminta membina soalan untuk diajukan kepada wakil kumpulan yang memegang watak yang telah ditetapkan.
- Setelah soalan disiapkan, seorang wakil diminta duduk di kerusi dihadapan kelas. Manakala ahli kumpulan yang lain akan mengajukan soalan kepadanya tentang watak dan perwatakan dan dia akan menjawabnya secara spontan. Di sampin itu, ahli kumpulan dibenarkan untuk menyoal.
- Jika pemegang watak tidak menjawab, rakan-rakan dalam kumpulan tersebut boleh membantu. Ketika ini rakan yang menonton akan mencatat watak dan perwatakan dalam lembaran grafik.
Sebagai kesimpulannya teknik kerusi panas
digunakan bagi mengajar aspek watak dan perwatakan. Oleh itu, teknik
ini dapat menarik minat pelajar pada bidang sastera yang semakin
dilupai. Dengan mempelajari teknik ini, pelajar berpeluang merasai
situasi sebenar yang berlaku dalam cerita.
Teknik kerusi panas ini membantu ingatan
dan minat murid pelajar serta menimbulkan keseronokan semasa belajar.
Guru dapat menerapkan ilmu dan nilai-nilai murni di samping mencungkil
bakat pelajar dalam lakonan. Muzik tradisional yang digunakan juga
menimbulkan semangat pelajar menjiwai watak iaitu sesuai dengan konsep
prosa tradisional. Teknik ini sesuai bagi mengajar prosa tradisional,
novel, cerpen atau drama. Ini kerana teknik ini mudah dan menarik minat
pelajar mengikuti aktiviti belajar dan mengajar.
Oleh itu guru perlu
menguasai pelbagai teknik mengajar bagi mencapai matlamat tersebut.