JPJ lancar operasi cermin gelap
KUALA TERENGGANU - Pemilik kenderaan yang memasang cermin gelap di
Terengganu bakal berdepan tindakan saman dan kompaun apabila Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi berterusan bagi
mengesan mereka yang terlibat.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, operasi
itu dilancarkan berikutan semakin ramai pemilik kenderaan di negeri ini
dikesan menggunakan cermin gelap melebihi had yang ditetapkan.
“Penggunaan cermin gelap dilihat semakin berleluasa di negeri ini
dan kita akan mengadakan pemantauan dari masa ke semasa bagi mendidik
pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, sebanyak 294 notis kesalahan cermin gelap telah
dikeluarkan pada satu operasi yang dijalankan oleh JPJ di Jalan Sultan
Mohamad yang bermula pukul 8.30 malam tadi dan berakhir dua jam
setengah selepas itu.
Beliau berkata pemilik kenderaan terbabit diminta menghantar
kenderaan masing-masing untuk pemeriksaan di mana-mana pejabat JPJ
dalam masa 10 hari dan jika mereka gagal mematuhi arahan notis
tersebut, kompaun sebanyak RM200 akan dikenakan.
Katanya, menurut peraturan, cermin kenderaan pada bahagian sisi
perlu melebihi 50 peratus dan 70 peratus kecerahan pada bahagian depan
dan belakang kenderaan. - Bernama
So...nak tinted atau biarkan aje cermin tu...
huhuhu
sangat konfius....
ohhhhhh....
dilemma...
hihihi