Widgets

~ Air Bateri Kereta ~

Cara menjaga bateri kereta

http://www.tkyoko.com/mal/modules.php?name=products&file=golfcarbattery-index
1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti 

retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi. Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.

2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga digunakan asalkan air tersebut bukan di ambil terus dari air paip sebab air paip mempunyai kadar klorin yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan elektrolit dalam bateri.
Walau bagaimanapun jangan letak airnya berlebihan dari paras yang ditentukan sebab ini akan menyebabkan air bateri itu melimpah dan mungkin menyebabkan kerosakan selanjutnya kepada bahagian-bahagian besi. Untuk panduan anda, isi air itu sehingga bahagian hitam didalam bateri sahaja yang ditenggelami air.



3. Sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih dikedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik - baking powder) dengan sukatan satu sudu teh serbuk dalam satu cawan air. Bancuhan ini diletakkan atas terminal bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala bateri jika perlu dengan rapi.


4. Kuatkan kuasa bateri menggunakan battery charger jika perlu. Elakkan diri dari menggunakan ubat-ubat bateri yang terdapat dikedai. Bahan-bahan ini biasanya diakui boleh menguatkan bateri, tapi sebenarnya perbuatan ini sia-sia sahaja.
Air bateri yang dijual dikedai adalah dari jenis air sulingan (distilled water), tapi bila diisi dalam bateri ia akan bercampur dengan air bateri dan seterusnya menjadi cecair asid sulfurik. Jadi elakkan asid ini dari terkena pakaian atau kulit anda.
Jangan sesekali tambahkan asid sulfurik kedalam bateri.

Sekiranya anda baru tukar bateri baru di sarankan anda catatkan tarikh anda mula menggunakan bateri tersebut pada bahagian tepi bateri anda sebagai rujukan jangkahayat bateri anda (tulis gunakan pen marker permanent) sekurang2nye anda masih boleh ingat umur bateri kereta anda dan bila sudah hampir 2 tahun digunakan. Anda boleh la bersedia untuk menukarnya dengan yang baru sebelum ianya rosak di tengah jalan sebelum sempat anda berbuat apa2.


Sedikit tips menjaga ketahanan bateri & mengesan masalah pada bateri pemeriksaan boleh di lakukan sendiri (do it yourself):-

1. Jika anda baru tukar bateri baru kebiasaannya paras air bateri hanya akan mula berkurangan setelah 6 bulan dari mula-mula asid sulfurik di masukkan dalam setiap sel / plat bateri semasa pembelian anda di kedai (itu adalah antara jaminan kedai bateri jika bateri yang anda beli adalah produk yang berkualiti).

2. Apabila anda periksa takat air bateri hendaklah sentiasa berada pada paras melebihi garisan aras minimum tetapi tidak melebihi garisan paras maksimum... ini bertujuan supaya setiap sel / plate bateri anda berada dan terendan dalam campuran elektrolit yang sesuai bagi menghasil /menyimpan cas bateri.

3. Pastikan anda memeriksa paras air bateri / menambah air bateri semasa enjin masih sejuk (awal pagi sebelum kali pertama anda hendak menghidupkan enjin kereta)... jika enjin masih panas elektrolit pada sel masih dalam keadaan mengembang akibat penerimaan cas dari alternator akan mengakibatkan keretakan dalaman pada dinding plate bateri jika air bateri yg sejuk di tambahkan padanya.
(Jangkahayat bateri bergantung pada kesuburan platenya kalau dah platenya sakit mana nak dapat keupayaan maksimum).

4. Jangan sesekali lupa nak periksa paras air bateri mengikut jadual anda sendiri (minimum seminggu sekali lakukan pada hari cuti hujung minggu) ini kerana jika air bateri anda mula kering hingga ada terdapat beberapa sel /plate yang mulai tertimbul dari cecair elektrolit dalam bateri (paras air bateri di bawah garisan takat minimum atau air bateri tinggal separuh dari ketinggian bateri) maka jangka hayat bateri anda adalah pada tahap kritikal dan di nasihatkan supaya buat pemeriksaan tahap keupayaan menyimpan cas selepas anda menambah air bateri atau anda kena bersedia untuk tukar bateri lar.

5. Sekiranya jangka hayat bateri anda telah melepasi satu tahun 6 bulan saya sarankan anda amalkan pemeriksaan seperti pada "tips pada para-3" dan amalan tambahan ini setiap kali anda membuka penutup lubang pada plate bateri untuk tujuan menambah airnya cuba anda perhatikan setiap lubang pada lubang yang mana anda telah tambahkan airnya, sekiranya terdapat diantara beberapa lubang berkenaan pada pemerhatian anda anda rasakan telah hampir sebulan atau lebih anda jarang / tak pernah langsung tambahkan air bateri kerana anda dapati paras air baterinya adalah kekal tidak berkurangan sedangkan pada lubang yang yang lain anda telah kerap tambah beberapa kali.

Ini menunjukkan tanda-tanda di mana sel / plate pada lubang berkenaan telah mulai lemah dan tidak berupaya menghasilkan cas sebab itulah airnya tidak berkurangan jadi pada lubang berkenaan anda perlu tandakan (bertujuan mengingatkan anda berkenaan masalah itu)
sekiranya anda dapati terdapat 3 atau lebih lubang yang di periksa mengalami masalah yang sama dan kereta anda ada gejala sukar di hidupkan pada waktu awal pagi / cuaca sejuk maka anda perlu bersedia kerana itu menunjukkan bateri anda telah lemah dan sedang nazak dan jika perlu anda buat pemeriksaan pada sistem alternator untuk pastikan ianya masih baik dan berfungsi mengecas bateri anda. Apabila alternator telah di periksa dan ianya masih baik berfungsi maka masalah tersebut memanglah datang dari bateri yang sedang nazak itu dan bukan dari sistem pengecas. Bateri tersebut perlu di ganti sebelum ianya mati ditengah pejalanan dan anda tersadai di tepi jalanraya menunggu bantuan tak kunjung tiba......

Di harapkan tips ini dapat membantu anda kerana apa yang saya berikan adalah dari pengalaman sendiri dan dari beberapa tauke kedai bateri yang tak lokek ilmu bila di tanya, sebab mereka tak akan beritahu anda perkara yang tidak menguntungkan mereka. kecuali jika anda seorang yang berbudi bahasa dan mesra...
selamat mencuba.
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.