*gmbr ehsan pokchik google * |
mungkin isu ni dh lama kot...tp...sekadar untuk memberi peringatan kepada semua pemandu di luar sana...especially to my belove dear...carefully always ! hehe
SHAH
ALAM: Seorang wanita mengalami detik cemas apabila disamun tiga lelaki
‘geng langgar dan rompak’ di hadapan rumahnya di Seksyen 7, di sini
semalam.
Kumpulan penjenayah terbabit sengaja berlakon melanggar belakang
kereta ViVa milik mangsa bagi memperdayakannya memberhentikan kereta
sebelum merompak selepas mangsa keluar dari kereta.
Mangsa, Siti Zalina Md Isa berkata, ketika kejadian dia yang
berseorangan ingin membelok masuk ke dalam rumah kira-kira jam 12.40
tengah hari, namun terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat di
bahagian belakang kereta.
Menurutnya, dia yang terkejut dengan insiden itu terus masuk ke dalam
kawasan parkir kereta di rumah dan membunyikan hon beberapa kali kerana
bimbang di apa-apakan.
“Saya lihat pada mulanya mereka yang melanggar kereta saya ingin
melarikan diri tetapi tidak jadi apabila Proton Saga warna perak
berkenaan berundur semula menghala ke arah rumah saya.
“Kemudian keluar dua lelaki daripada kenderaan itu menghala ke arah
saya yang masih berada di dalam kereta kerana takut. Mereka mengetuk
cermin tingkap kereta menyuruh saya keluar untuk berbincang
menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.
Siti Zalina berkata, dia kemudian membuka sedikit cermin tingkap
kereta dan seorang daripada lelaki terbabit meminta maaf dengan
memberitahu rakan mereka yang memandu dalam keadaan mabuk menyebabkan
dia terlanggar keretanya.
“Sejurus kemudian saya pun keluar daripada kereta apabila berasa selamat dan mereka berulang kali meminta maaf.
“Bagaimanapun, mereka turut menyalahi saya kerana tidak memberi lampu
isyarat ketika ingin membelok sedangkan saya sudah berada di hadapan
rumah,” katanya.
Katanya, dia pada mulanya langsung tidak mengesyaki kejadian itu
bermotifkan rompakan sebaliknya menyangka ia kemalangan biasa, tambahan
pula lelaki itu memberi alasan mabuk menyebabkan berlaku pelanggaran.
“Bagaimanapun, tanpa disedari seorang lagi lelaki yang berada di
dalam kereta tiba-tiba menghampiri saya dari belakang sebelum menutup
mulut menggunakan tapak tangan.
“Saya cuba meronta bagi melepaskan diri sebelum bergelut dengan
mereka. Dalam keadaan cemas itu , saya mengalami kecederaan di muka
akibat dipukul mereka,” katanya.
Beliau berkata, seorang daripada mereka kemudian masuk ke dalam keretanya yang berada di kawasan parkir.
“Selepas mengambil apa yang dihajati, lelaki itu terus meninggalkan saya.
“Selepas mengambil apa yang dihajati, lelaki itu terus meninggalkan saya.
“Sebaik dilepaskan, saya kemudian menjerit meminta pertolongan. Mujur
rakan serumah ada ketika itu dan dia membantu saya membuat laporan di
Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam,” katanya.
Menurutnya, akibat rompakan itu dia kehilangan kamera digital, pasport dan wang tunai RM600.
“Ketika membuat laporan saya turut diberitahu kejadian ini bukan kali
pertama sebaliknya sebelum ini kejadian sama berlaku di Seksyen 17
menggunakan modus operandi sama,” katanya.
Source: Harian Metro