Widgets

! dinar iraq !

BERPADA-PADA DALAM MENYIMPAN DINAR...

by Potensi Dinar Iraq 2 on Wednesday, March 2, 2011 at 8:13pm

"...Hampir semua kita yang berada dalam forum ini berharap iqd akan naik nilainya melalui rv yang mungkin diumumkan oleh CBI. Tapi ini sekadar harapan yang kita tidak tahu bilakah masanya ia akan jadi kenyataan, atau benarkah ia akan jadi kenyataan? Hanya Allah Swt. saja yang tahu perkara sebenarnya. Kita hanya boleh mengetahuinya bila ianya sudah benar2 jadi kenyataan!



Dalam kata lain sama ada rv akan jadi kenyataan atau tidak adalah serba mungkin. Kalau kita lihat tanda2 yang terjadi di Iraq sekarang ini memang rv seperti benar2 sudah hampir dengan kita. Bahkan Ali Maidin sendiri telah menyatakan rv dinar ini seperti awan hitam yang menunjukkan hujan memang pasti turun.

Tapi perlu juga kita ingat ada kalanya awan hitam itu juga boleh ditiup angin dan akhirnya hujan tidak menjadi. Situasi inilah yang perlu kita fikirkan dalam konteks iqd sekarang. Ertinya walau pun tanda2 rv itu memang sudah semakin jelas tapi kita masih tidak pasti sama ada ianya akan menjadi atau tidak. Ia boleh menjadi kenyataan berdasarkan faktor2 tertentu dan boleh juga tidak menjadi kerana faktor2 lain pula.

Apakah yang sepatutnya kita lakukan dalam situasi yang saya nyatakan di atas? Sesiapa yang telah membeli iqd maka simpanlah kerana mungkin saja rv memang akan terjadi. Bagi yang belum membeli pula perlu mempunyai keyakinan diri untuk membeli iqd kerana anda perlu sanggup menanggung risiko jika rv tidak menjadi kenyataan.

Sekiranya rv benar2 terjadi maka ianya merupakan satu bonus untuk kita. Tapi kita juga perlu fikirkan jika tidak jadi, bagaimana? Maka itu dalam tajuk di atas saya katakan berpada2 dalam menyimpan dinar!

Mengapa saya tajukkan begitu? Kerana saya secara pribadi amat bimbang jika CBI mahu menjadikan iqd seperti rupiah Indonesia iaitu jumlahnya besar tetapi nilainya kurang! Walaupun begitu rupiah Indonesia tetap diakui sebagai matawang yang sah dan diterima di peringkat antarabangsa.

Jadi, apakah tidak mungkin jika Iraq juga sengaja mahu menjadikan iqd seperti rupiah? Ianya mungkin saja kerana sampai hari ini CBI seperti sengaja melewatkan soal rv ini. Pada hal dari segi prinsip rv sudah boleh dilakukan sebaik2 saja Ch.7 ditarik oleh UN. Tapi apa alasan CBI?

Mula2 katanya tunggu kerajaan terbentuk! Bila kerajaan sudah terbentuk, tunggu pula bajet lulus! Tapi sudah lulus bajet, mengapa tangguh lagi? Alasannya jumlah menteri dalam kabinet belum cukup! Nanti kalau jumlah menteri sudah cukup, entah apa lagi alasan! Kadang2 saya pun tidak faham apa sebenarnya strategi Iraq!

Bagaimanapun dari segi lain, secara rasional Iraq tidak sepatutnya menjadikan iqd seperti rupiah Indonesia atau lira Turki. Ini kerana situasi dan kondisi Iraq tidak sama dengan Indonesia maupun Turki. Dengan penduduk sekitar 30 juta orang tapi punya simpanan minyak kedua terbesar di dunia, Iraq adalah tergolong negara kaya! Seluruh dunia mengakui kekayaan Iraq.

Maka itu kalau hari ini CBI mahu apungkan iqd dengan nilai usd 0.30 atau 0.50 sen maka dalam waktu singkat iqd boleh melonjak $1.00 lebih dan seterusnya akan pergi $3.00 lebih nilainya! Tapi mengapa Iraq seperti teragak2 untuk rv dinarnya?
Atau kalau bimbang mahu meletakkan nilai yang tinggi, apungkan saja dengan nilai 0.10 atau 0.20 dan seterusnya biarkan mekanisma forex market yang menentukan nilainya? Tetapi ternyata CBI masih juga tidak mahu berbuat begitu!

Maka itu sebagai rakan saya ingin menasihatkan agar kita semua berpada2 dalam menyimpan iqd. Jadi kalau rv tidak menjadi, maka kita tidak terlalu rugi dan kesal. Tapi kalau rv memang benar2 jadi kenyataan, maka ianya adalah bonus untuk kita! Oleh itu kita serahkan saja soal rv ini pada Allah Swt. yang menentukannya.

Bagaimanapun bagi rakan2 yang memang mempunyai kemampuan dari segi kewangan, maka terserahlah pada kebijaksanaan anda!

RV tetap Rv!!! InsyaAllah....."
Komen Facebook
2 Berikan komen anda

2 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

panjangnya entri.haha
iraq memang kaya..

Reply

hahaha
tau xper...x maen r pndek2 ni...
:)

negara iraq skrg baru je nk membangun balek...so matawang nye kurang bernilai la...so..ade baek nye kita simpan ckit dinar iraq ni..hehe

Reply

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.