* gambar popcik google * |
iskk...iskk...iskk...korunk penah dgr x ? jual ayam kena tahan ? aper cer agaknya ek ? haiiyaaaa...macam-macam lah dunia skrg nie..hoho...baru je plan nk bt part time jual ayam...cancel aje la plan baek nih...hahaha...
Jom baca selanjutnya artikel yg sebenar kt bawah ni ✌
17 PATI jual ayam ditahan
JOHOR BAHRU - Seramai 17 warga Indonesia yang bekerja di sebuah pasar
awam di Tampoi di sini ditahan dalam 'Ops Jaja' oleh Jabatan Imigresen
Johor kelmarin.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Mohamad Nasir Abas
berkata, ketika serbuan pada pukul 8 malam itu, kesemua pekerja terbabit
sedang sibuk bekerja tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan didapati melakukan beberapa
kesalahan termasuk menyalahgunakan pas lawatan dan pasport tamat tempoh.
"Pemeriksaan mendapati kebanyakan daripada mereka ini menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai pembantu jurujual ayam.
"Majikan seharusnya lebih bertanggungjawab dengan memeriksa permit
pekerja warga asing terlebih dahulu sebelum mengambil mereka bekerja,"
katanya kepada pemberita di sini semalam.
oh...patot la kena tahan...Pendatang Tanpa Izin rupanya...hehehe~