Widgets

Hikayat Putera Jazlan ~

Jazlan , Dia dan Senyuman


 "Hari ini Jazlan perlu temui dia lagi. Seperti pertemuan yang lalu, kali ini juga 

adalah kerana soal kerja. Sememangnya Jazlan dan dia perlu sentiasa bertemu selagi kerja dan tugas kami ini belum selesai. Kami harus berbincang dan bermesyuarat sampai nanti segala yang dirancang oleh persatuan kami terlaksana.

Begitulah mulanya kisah perkenalan Jazlan dan dia. Kami sama-sama bergiat dalam aktiviti pelajar. Sebenarnya antara Jazlan dan dia, sama-sama mengikuti kelas Falsafah Pendidikan ketika semester satu dahulu. 
Tetapi memang Jazlan tidak pernah melihat dia, dan tidak pernah perasan kewujudan dia. Ini pernah Jazlan katakan padanya waktu kami masing-masing mula membuka bicara sewaktu awal perkenalan dulu.

Jazlan tak pernah nampak muka kau dalam kelas?”ujarku.
“Manalah Jazlan nak perasan muka saya, kalau asyik mengintai yang manis-manis saja,”balasnya.
“Tapi kau juga manis.”
“Tak usahlah Jazlan bermain kata dengan saya. Saya cerminkan diri setiap hari, tau?”

Dan Jazlan hanya tersenyum. Sememangnya dia hanya gadis biasa, yang bagiku tidaklah terlalu menonjol wujudnya. Kalau tidak teliti memerhati sekeliling, memang Jazlan tak akan perasan tentang dia. Bukanlah dia tidak memiliki daya tarikan langsung. Sebenarnya keindahan dan kecantikannya tersembunyi disebalik sikapnya yang tidak menonjol itu. Dan kecantikannya bukanlah seperti kecantikan yang dimiliki oleh gadis-gadis pujaan di kuliah kami, tetapi memiliki keistimewaan tersendiri pula.

Sebenarnya dia yang mencadangkan Jazlan menjadi pengarah program persatuan kami ini. Dan Jazlan betul-betul tidak faham mengapa Jazlan terpilih, kerana seperti ku katakan tadi, Jazlan dan dia tak pernah mengenali antara satu sama lain. 
Dan dia hanya gadis biasa yang bukanlah sekali pandang akan membuat Jazlan terus tertarik. Jazlan juga bukanlah lelaki yang mampu memikat pandangan para gadis. Jazlan dan dia sama-sama biasa. Kerana itu juga, dia sendiri tidak pernah menyedari kehadiranku di dalam dewan kuliah. Maka kami sama-sama biasa saja.

“Saya pun tak pernah lihat Jazlan dalam kelas?”katanya padaku.
“Hai..kau pun suka memandang pada lelaki yang lawa-lawa, ya?”usikku.
“Bukan. Saya memandang penuh pada pensyarah di depan, tak punya waktu untuk mengambil tahu hal Jazlan,”katanya tersenyum nakal.
“Kalau Jazlan ini bintang pujaan, tentu kau tak mampu nak beri perhatian penuh pada pensyarah itu.”
“Kalau Jazlan bintang pujaan, saya rasa kelas tak akan berjalan kerana takut pensyarah juga akan hilang tumpuan,”dia membalas kata-kataku.

Jazlan mulai berdikit-dikit mengenali dia, memahami sikapnya, mengkaji sifatnya, dan mulai tahu kesukaan dan kebenciannya. Baru dua kali kami bertemu, dan saya telah pandai menyesuaikan diri dengan gadis biasa itu. Sebenarnya ada juga pertemuan-pertemuan yang tidak rasmi terjadi antara kami. Misalnya ada suatu ketika Jazlan bergegas mahu masuk ke perpustakaan untuk tidur, saya bertembung dengannya yang waktu itu mengepit buku tebal.
“Wah, rajin belajar ya?”tegurku.
“Orang tak pandai, harus lebih rajin daripada orang yang pandai,”dia membalas kataku. Dan seperti biasa bibirnya tak lekang memberi senyum.
“Ah, Jazlan lebih tak pandai daripada kau. Janganlah merendah diri.”
“Tapi orang lelaki selalunya cepat dapat berbanding kami orang perempuan.”
“Tak betul teori itu. Siapa usaha, dialah yang berjaya,” kataku menyangkal pendapatnya.
“Kalau benar begitu, mengapa masih suka tidur di perpustakaan? Kan lebih elok belajar?”dia tersenyum sinis padaku.
“Wah, perli nampaknya cik adik ni. Bagaimana kau tahu Jazlan selalu tidur di sini?”Jazlan mengerutkan kening.
“Saya selalu belajar di tingkat tiga. Jadi saya nampak Jazlan dari tingkat atas. Bukankah Jazlan selalu tidur di meja yang menghadap ke Dewan Rahman Talib di tingkat dua itu?”.

Waktunya hampir tiba. Sebentar lagi Jazlan harus turun menuju ke kafe untuk menemui dia. Ini pertemuan rasmi kami yang keempat. Kali ini Jazlan mengemaskan diri sedikit. Pada pertemuan yang lepas-lepas, Jazlan yang lewat muncul. Biarlah kali ini Jazlan yang menanti dia. Pertemuan ini seperti yang lepas-lepas juga, berkaitan soal kerja. Tapi ada sedikit rasa menyenangkan dalam hatiku tiap kali mengenang yang Jazlan dan dia akan bertemu hari ini. Seperti bahagia dan nyaman sekali.

Telefon berdering.
“Saya tunggu di depan dobi,”suaranya kedengaran.
“Tunggu ya,”pesanku.

Dan sebenarnya Jazlan agak pantas melangkah atau lebih tepat, berlari-lari anak mengatur jalan menuju ke dobi. Namun Jazlan terlewat lagi. Dan dia seperti selalu, betul-betul dia menepati janji. Sampai di hadapan dobi, Jazlan melihat dia bersama senyuman yang berlari pada bibirnya. Manis sekali.

“Lama sudah menunggu?”sapaku.
“Saya pun baru sampai,”balasnya tersenyum lagi.

Jazlan jadi leka sebentar menatap senyum itu. Ukiran senyum pada bibir itu indah. Bukan Jazlan tak pernah melihat gadis-gadis senyum padaku. Tapi senyuman ini menarik perhatianku. Dan diam-diam Jazlan jadi cinta pada senyuman itu.

“Bagaimana kertas projek kita?”Jazlan mula berlagak seperti seorang ketua yang profesional.
“Siap,bos! Cuma menanti tandatangan Jazlan dan Timbalan Naib Chanselor saja,” dia mengangkat tangan memberi hormat padaku dengan gaya berseloroh.
“Kenapa tak diberi pada setiausaha saja? Itu kan tugas dia?”
“Tak apa. Ini pun saya ambil daripada kertas kerja yang lepas-lepas, saya ubah semula. Kerjanya tak banyak..”
“Tapi dia juga perlu bekerja,” Jazlan memprotes.
“Laporannya nanti saya akan beri pada dia. Okay,bos?”dia tersenyum lagi.
Senyuman itu buat Jazlan benar-benar jadi lembut. Damai sekali. Setelah menandatangani kertas kerja itu, dia meminta diri.





   
“Nanti kalau ada kerja lagi, saya hubungi awak,”katanya padaku.
“Kalau hendak berbual pun apa salahnya..”
Jazlan perlu kejar masa. Berbual kalau penting-penting saja,”dia menggulung kertas kerja di tangannya itu. Sambil tersenyum, dia melangkah ke arah blok siswi.

Dia belum melepaskan pandanganku padanya. Terlalu cepat, teramat pantas perasaan in berubah. Daripada kosong dan hambar, hari ini Jazlan terasa hatiku berisi dengan sesuatu perasaan.Jazlan belum mengerti lagi apa sebenarnya perasaan ini. Jujur saya katakan pada kalian, saya belum pernah begini. Sekali pun belum pernah lagi. Tapi Jazlan belum mahu melayannya lagi. Sambil melangkah memanjat tangga blok siswa, Jazlan cuba membuang senyuman itu jauh-jauh. Tapi semakin ia dekat pada hatiku. Senyuman itu, senyuman pembunuh. Membunuh dan memecahkan benteng kekebalanku terhadap perasaan itu. Perasaan sayang, rindu dan mengambil berat..

Cinta?

Lalu Jazlan tersenyum sendiri. Akhirnya, Jazlan jelas dan faham sekali perasaan yang terbit pada petang 22 Ogos 2003 itu adalah cinta. Ia terbukti,kerana pada tanggal 22 Ogos 2005, dia sah menjadi permaisuri rumah dan hatiku…Dan senyumannya, tetap manis seperti hari itu..
 
:: Tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia ::
:: Pok Lan, semoga berbahagia bersama si Dia ::
~hahahhahaa~
Komen Facebook
8 Berikan komen anda

8 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

Lipat~~~
9tikan entry ak lak t... balas dendam!!!!!!

Reply

haha. igt hikayat putera Shazlan td..:P

kuat lipat ore tehh adik..

Reply

jazlang : hahaha...x marah ko bro ?...traffic untuk mu ni...hehe

k.et : this is about TRAFFIC la sis...hehe....adik kno lipat dlu...adik lipat lamula...hoho~

Reply

perghh! terbaek ah entry ni...
hik3.. rajen mu ngarang ek..

Reply

eekekekeke...akak mau jgak ke ?..ley cikgu tulum cari kn cite yg sesuai..hahaha~

Reply

kalo cikgu rajen nk tlg wtkn laa.. hahaha~

Reply

haha. gud3. ore lipat kito. kito lipatt balik

Reply

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.