Widgets

: Lindungi keselamatan si kecil :


morning everyone !
[ speaking sikit...next week ada uak ELP kn ]
haha...
awal pulak aku bangun hari ni...
padahal time hujung minngu ni la yang best nak tido kn...
jap lagi maybe aku nak p kajang kot...
mau ronda2 daaa...release tension
mwaahahaaaa...
sebelom p kajang...baik bace news ari ni dulu an..
jom bace sal ni... =)

::: Lindungi keselamatan si kecil :::



SETIAP produk permainan kanak-kanak di Malaysia perlu mempunyai tanda MC pada bungkusannya sebagai bukti melepasi ujian tahap keselamatan,



ADA sesetengah alat permainan kanak-kanak direka khas untuk merangsang perkembangan otak si kecil. Namun, sejauh mana alat permainan itu selamat digunakan?

Keadaan itu tambah membimbangkan dengan laporan media mengenai kemalangan yang berpunca daripada barang permainan kanak-kanak. 

Isu penarikan balik alat permainan oleh beberapa badan standard antarabangsa seperti Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (US CPSC) di pasaran global sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan ia turut dipandang serius oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan persatuan-persatuan pengguna Malaysia. 

Malah, dilaporkan hampir 47.7 juta produk permainan yang ditarik balik daripada pasaran global kebanyakannya datang dari Amerika Syarikat (AS), manakala 18 juta daripada jumlah itu dikilangkan di China. 

Penarikan produk permainan itu berpunca daripada kandungan bahan kimia terutama plumbum dan logam yang terdapat pada produk dan komponen permainan kurang berkualiti yang boleh membahayakan kanak-kanak, ujar Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Standard Kepenggunaan, KPDNKK Rashinah Abdul Hamid baru-baru ini. 

Penguatkuasaan tanda pematuhan
Beberapa negara seperti AS, Singapura dan Albania meluluskan peraturan keselamatan alat permainan kanak-kanak sejak tahun 2007 bagi memastikan produk permainan yang masuk ke pasaran berkualiti dan selamat kepada pengguna. 

Malaysia pernah sebelum ini membangunkan beberapa standard berkaitan produk permainan namun, ia tidak dikuatkuasakan. Standard itu lebih bersifat sukarela iaitu pengeluar boleh membuat pemilihan sama ada mahu meletakkan tanda standard itu pada produk permainan mereka ataupun tidak. 

Namun, demi memastikan keselamatan pengguna Malaysia terjamin, KPDNKK mewajibkan penggunaan tanda pematuhan Malaysia Conformity (MC) untuk semua alat permainan sama ada yang dikilangkan dalam negara atau diimport sejak 1 Ogos 2010, katanya. 

"Pihak kami telah melakukan penguatkuasaan tanda pematuhan MC ini secara berperingkat. Ini bagi memudahkan pihak pengeluar untuk melakukan persediaan," katanya. 

Beberapa syarat perlu dipatuhi oleh pengeluar semasa melakukan penandaan pematuhan MC tersebut iaitu ia perlu ditandakan pada permainan tersebut atau pada bungkusan dengan jelas, mudah dibaca oleh pengguna dan tidak mudah ditanggalkan.
Makmal yang diiktiraf 

Di Malaysia, setakat ini terdapat lima buah makmal yang memohon pengiktirafan Jabatan Standard Malaysia bagi mendapatkan status makmal diakreditasi bagi pengujian produk permainan.
Pengiktirafan makmal itu penting bagi memastikan pengujian produk dilakukan dengan betul dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 

"Beberapa prosedur perlu dilalui oleh pengeluar, pengimport atau pembungkus semula sebelum tanda pematuhan MC dapat digunakan. Mereka perlu membuat pengujian produk terlebih dahulu di mana-mana makmal yang diakreditasi. 

"Ujian boleh dibuat sama ada di Malaysia atau luar negara yang diakreditasi melalui perjanjian International Laboratory Accreditation Cooperation (ILAC) dan Asia Pacific Laboratory Cooperation (APLAC). Senarai makmal itu boleh dilihat dengan melayari laman web www.ilac.org dan www.aplac.org," ujar beliau. 

Setelah ujian dijalankan dan laporan ujian diluluskan, pengeluar boleh mengemukakan pengisytiharan Certificate of Conformity kepada Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNKK untuk mendapatkan nombor rujukan dan seterusnya membuat penandaan logo MC pada produk sebelum dipasarkan. 

Beberapa aspek tertentu akan diambil kira semasa pengujian dilakukan antaranya bahan yang digunakan. Malah, bagi permainan untuk kanak-kanak 0 hingga tiga tahun, pengujian yang dilakukan lebih menyeluruh berbanding produk permainan lain. 

Perlindungan untuk pengguna
Penandaan itu sebagai bukti produk permainan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak dan pengguna tidak perlu risau dengan tahap keselamatan. Menurut Mohana Priya daripada Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia, penandaan itu adalah satu langkah yang penting dalam memastikan keselamatan alat permainan kanak-kanak.





    
 Ini kerana sebelum ini alat permainan yang berada di pasaran tidak berkualiti dan sebahagiannya mengandungi bahan yang berbahaya seperti plumbum. Mohana berkata, didikan melalui media juga penting untuk memastikan pengguna mendapat maklumat yang betul ketika membeli alat permainan kanak-kanak.
Tinjauan Bernama di pasar raya dan kedai menjual alat permainan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang mendapati kebanyakan alat permainan telah mempunyai tanda pematuhan MC. 

Bagi KPDNKK, penandaan logo MC bertujuan untuk menjaga kebajikan pengguna selain sebagai penanda aras yang membuktikan produk permainan di pasaran tempatan adalah produk yang berkualiti dan selamat.
Bagi pihak industri yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan peraturan itu boleh melayari laman web www.kpdnkk.gov.my atau e-mel ke toys@kpdnkk.gov.my, atau hubungi Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNKK di talian 03-8882 5886/5862/5850. - Bernama

p/s : best n seronok layan kerenah kanak-kanak ni...hehe :D
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.