Widgets

Adat dan Pantang Larang Makan


 Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. la bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Sebagai contoh seseorang itu dilarang tidur selepas makan. Maksud di sebalik larangangini ialah untuk pendidikan dan kesihatan. Kalau tidur semasa perut kenyang, makanan yang dmakan belum hadam. la akan melalaikan seseorang daripada melakukan pekerjaan lain dan juga sembahyang.
 

PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN
 Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
 1.Makan mencangkung payah dapat rezeki.
 2.Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
 3.Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
 4.Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
 5.Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding
 6.Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
 7.Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
 8.Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
 9.Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
 10.Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
 11.Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
 12.Makan buah berangan songsang,nanti lambat dapat jodoh.
 13.Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
 14.Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

ADAT DAN TATATERTIB KETIKA MAKAN
 Selain pantang larang terdapat pula adat dan tatatertib yang berkaitan dengan makan. Antara adat dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:
 
  1. Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan rumah menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak manis kita menolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.
  2. Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masmg-masing.
  3. Anak gadis pula dikehcndaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.
  4. Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu, kemudian barulah dlikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang rnuda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda. Bagaimanapun, amalangini tidak begitu sesuai jika kita hendak menanamkan kemcsraan dan semangat kekeluargaan di kalangan anak-anak.
  5. Ketika makan seelok-eloknya ambilah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan mengangkat makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdckatan jika kita mahukan makanan itu. Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri. Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-cloknya siku atau pergclangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.
  6. Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor. Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.
  7. Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan. Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan   sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.
  8. Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.
  9. Ketika orang lain sedang makan janganlah menghcmbus hingus, berkahak atau berludah.
  10. Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.
  11. Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-cloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.
  12. Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan. Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirnya supaya berhenti makan atau melarangnya menghabis makanannya.
  13. Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu Maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu, seelok-cloknya datanglah selepas waktu sembahyang Isyak.
Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak mclakukan sesuatu yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mcreka sejak zaman dahulu lagi. Maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke gcnerasi yang akan datang.

MAKANAN ORANG MELAYU YANG POPULAR
 Terdapat beberapa jcnis makanan orang Melayu yang popular di Malaysia. Antara makanan yang popular ialah nasi lemak, laksa, sate, lemang dan sebagainya.

Nasi Lemak
 Nasi lemak bukan sahaja digemari oleh orang Melayu malah digemari oleh oleh kaum-kaum lain seperti orang Cina dangindia. Nasi lemak biasanya dimakan untuk sarapan pagi. Tetapi kini nasi lemak ada dijual pada waktu malam juga. Nasi lemak pada kebiasaannya dimakan bersama sambal bilis atau sambal sotong kering, telor goreng, atau telur rebus, timun dan sayur kangkung. Nasi lemak boleh juga dimakan bersama lauk-lauk lain seperti rendang ayam, rendang daging atau kerang mengikut citarasa masing-masing.

Laksa
 Laksa merupakan makanan ymg popular di kalangan orang Melayu. Bagi orang di sebelah Utara, iaitu Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang laksa yang popular ialah laksa asam. Laksa Johor pula popular di ncgeri-negeri sebelah selatan, terutama di negcri Johor. Bagi orang di sebelah Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu, sejenis laksa yang dinamakan laksam amat popular dikalangan penduduknya.

Sate
Sate merupakan makanan yang begitu diminati olch sebilangan besar anggota masyarakat di Malaysia, termasuklah orang Cina dangindia. Dalam majlis keramaian seperti hari raya atau hari jadi, sate merupakan antara juadah yang biasa disajikan. Sate yang biasa disajikan ialah sate ayam, sate daging, sate perut dan lain-lain.
Sate dimakan bersama kuah kacang, ketupat nasi, timun dan bawang. Sate boleh didapatkan di warung-warung ataupun di restoran-restoran yang khas menjual sate. Sate biasanya dimakan ketika masih panas.
Kini terdapat sate segera yang dipeketkan dan dijual di pasar raya. la hanya perlu dibakar ataupun dipanaskan dan dapat dimakan dengan segera.

Lemang
Lemang juga merupakan makanan yang popular di kalangan orang Melayu. Lemang biasanya dimakan bersama rendang daging atau rendang ayam. la merupakan sajian utama semasi hari raya bagi setengah-setengah negeri seperti Perak, Ncgeri Sembilan dan Selangor. Menjelang hari raya, biasanya lcmang dapat dibeli di pasar-pasar malam.
 
Kini lemang diusahakan secara besar-besaran. 
Di setengah-setengah tempat, lemang ada dijual setiap hari.  Bagi mereka yang menggemarinya kini lemang boleh didapatkan pada bila-bila masa sahaja. 





    
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.