Widgets

Dapat kad merah, potong gaji ?


Setiausaha Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (PETEH), Wan Mohd Azmi Wan Ngah, berkata pemain sepatutnya mengelak daripada dilayangkan kad merah dan mereka sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian kepada permainan yang bersih.

"Berilah fokus 100 peratus kepada bola sepak," katanya ketika diminta mengulas cadangan yang dibuat Menteri Besar itu semalam. Wan Mohd Azmi berkata, pengadil pula harus tidak mudah melayangkan kad merah sewenang-wenangnya.

Bekas pemain Terengganu, Mohamad Nik, berkata beliau amat bersetuju dengan cadangan itu kerana ia dapat memastikan mutu permainan dijaga.

"Ada juga pemain sengaja mencari kad merah supaya dibuang padang dan boleh berehat," katanya.

Mohamad, bagaimanapun, meminta persatuan supaya menimbang dan melihat sudut kesalahan sebelum sesuatu tindakan itu diambil. - BERNAMA 

amacam pendapat korang ? setuju tak ? kalau setuju, silalah LIKE ... mekaseh~
Komen Facebook
2 Berikan komen anda

2 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

bagus jgk idea tu... demi menjaga disiplin dan tingkah laku pemain... =)

Reply

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.