Widgets

Panas ... T-shirt Bersih Menyalahi Undang-Undang ?

Hishammuddin : Kemeja-T Bersih Menyalahi Undang-Undang

 
Kemeja-T dengan mesej mempromosi atau menyokong Bersih adalah salah di sisi undang-undang, tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Jika kemeja-T berkaitan perhimpunan haram, maka apa sahaja ynag mereka pakai adalah menyalahi undang-undang," kata kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau ditanya menegnai tindakan polis menangkap orang ramai yang memakai kemeja-T berkenaan.

Dalam pada itu, Hishamuddin menafikan bahawa tangkapan ke atas penyokong-penyokong perhimpunan yang dicetuskan oleh pembangkang itu bermotifkan politik.

"Pihak mana? Saya juga boleh tanya mereka soalan yang sama," katanya.

Tegasnya lagi, tindakan juga akan diambil ke atas ahli Pemuda Umno yang mengepung Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin lalu selepas mengugut mahu membakar pejabat berkenaan.

"Saya arahkan polis tindakan sama seperti Bersih. Tiada siapa mengatasi undang-undang," ujarnya. BERITA
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.