Widgets

Tiket Malaysia vs Taiwan dijual petang esok

TIKET untuk perlawanan pertama, pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Taiwan akan dijual mulai jam tiga petang pada hari perlawanan, esok.

Perlawanan bermula jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Menurut kenyataan laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam, tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu 

RM30 untuk tempat duduk grand stand,
RM20 (terbuka) dan 
RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. 

Beliau berkata penonton boleh membeli tiket perlawanan di pintu kuning stadium berkenaan.

Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan kelayakan pada 1974 di Jerman.

Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan diadakan di Brazil. - BERNAMA
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.