Widgets

Bogel Menuju Tuhan

Ilustrasi kulit buku Bogel Menuju Tuhan karya Zahiril.
Buku antologi puisi dan catatan berjudul Bogel Menuju Tuhan karya pelakon Zahiril Adzim (gambar) semakin laris dijual dan kini memasuki cetakan kedua.

Menurut pelakon drama Juvana ini, buku yang telah dicetak 1,000 buah naskhah itu bakal ditambah 1,000 naskhah lagi memandangkan permintaan terhadap buku itu meningkat.

“Saya tak sangka dengan sambutan terhadap buku Bogel Menuju Tuhan. Kini buku tersebut telah dicetak sehingga 2,000 buah setelah melihat sambutan yang menggalakkan.

“Saya akan meneruskan minat saya dalam bidang penulisan di blog iaitu zahiriladzim. blogspot. Tetapi buat masa ini belum merancang untuk mengeluarkan buku seterusnya” kata tunang kepada pengacara Shera Aiyob ini.

Baginya, penulisan ibarat terapi kepada dirinya yang sudah melalui pelbagai pengalaman hidup termasuk alam percintaan.

Jom singgah sebentar kat blog penulis buku ni ... Zahiril ... kenapa tajuk macam ni eh ? terasa pelik [ pendapat aku la ]

“Saya mula seronok menulis apabila mempunyai blog dan setiap catatan yang lahir dari hati akan dimuatkan dalam blog itu.

“Saya sudah banyak kali putus cinta dan suka berkongsi pengalaman yang dilalui dalam blog kerana apabila menulis saya akan rasa sedikit lega,” jelasnya lagi yang turut sibuk mempromosikan filem terbarunya, Tolong!Awek Aku Pontianak.

Katanya yang bakal berlakon drama siri Khurafat, idea untuk menulis buku ini terhasil gabungan himpunan antologi puisi dan catatan yang terkandung dalam blognya.

Jelasnya, tajuk Bogel Menuju Tuhan itu dipilih mengambil sempena salah sebuah karya yang dihasilkan dalam buku itu.

Seperti yang ditulis dalam blognya dan di belakang buku itu, kata Zahiril: "Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu.

“Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.”

Melalui penjelasan tersebut, pelakon filem Senjakala dan Kami The Movie ini berharap tiada lagi pihak yang mempersoalkan tentang tajuk buku itu.

“Apa yang paling penting, isi buku ini tidak ada gambar lucah. Juga ia bukan buku berunsur ketuhanan, tetapi lebih kepada kejadian-kejadian sosial yang berlaku sekitar saya,” jelasnya.

Buku Bogel Menuju Tuhan terbitan Merpati Jingga Sdn. Bhd yang setebal 108 muka surat ini hanya dijual dengan harga RM30 dan ianya boleh didapati secara dalam talian menerusi laman web www.tokobuku.fotopages.com


Komen Facebook
1 Berikan komen anda

1 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger :

mien dah beli ke?? buku ni best ouh.. nk beli elaun x dop agi ades.. T_T

Reply

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.