Widgets

" Diam Lar "

Najib berdepan dengan kenakalan warga internet
Demikianlah realitinya dalam alam internet, apabila ahli politik terpaksa berdepan dengan kerenah warganya yang pelbagai ragam.  Setiap hari kewibawaan politikus dicabar dengan informasi dari hujung jari warga internet, satu situasi yang tidak pernah dialami pada zaman di mana media tradisional boleh dikawal menggunakan telunjuk kuasa.

Terbaru, apabila Perdana Menteri Najib Razak memperbarui catatan dalam blognya, disusuli dengan memaklumkannya melalui twitter, dan kemudian di status Facebooknya: Blog terbaru saya menyentuh tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara. http://t.co/ho8neN7; seorang warga internet telah meninggalkan komen "Diam lar" di bawah status Facebook tersebut.

Komen warga internet ini dipadamkan oleh admin Facebook Najib Razak, dan tindakan ini telah mencungkil ketidakpuasan warga internet yang lain, yang seterusnya meninggalkan komen untuk mengecam dan mengkritik Najib.

Banyak komen yang ditulis dengan nada untuk menyindir, antaranya "DS, apa harga benar cincin diamond yang Rosmah pakai tu? Siapa bayar?", sementara ada pula yang menyokong pimpinan beliau, "Sudah terbukti kerajaan yg memerintah sekarang adalah kerajaan yg terbaik dan yang bersungguh untuk memberi kehidupan yg baik untuk rakyat.....bersyukurlah dengan kenikmatan dan keamanan yg kita kecapi".

Tidak cukup dengan itu, sebagai reaksi kepada "terpadamnya" komen "Diam lar" itu, satu page bernama "Diam lar!" telah diwujudkan, dan telah memiliki lebih 5,000 orang penyokong dalam masa kurang daripada 13 jam.

Sebelum ini, pelbagai page telah diwujudkan sebagai desakan agar pimpinan kerajaan meletak jawatan, lantaran pendekatan yang keras oleh kerajaan ketika menangani perhimpunan BERSIH 2.0.  Sebagai reaksi kepada trend ini, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mendakwa dirinya mampu mengerah tiga juta orang warga internet untuk menyokong agar Najib Razak dikekalkan.

Satu page ditubuhkan, dengan nama "3,000,000 People Want Najib To Stay", namun hanya disokong 353 orang buat setakat ini (1.19 tengahari, 26 Julai 2011).

Baca: Perang Facebook: Ratusan saja yang mahu Najib dikekalkan
Komen Facebook
5 Berikan komen anda

5 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

This comment has been removed by the author.

Kadang kala kita hanya nampak kebrukan seseorang tanpa melihat kebaikannya..wlpn sedikit ia ttp berjasa..

Reply

@♥ cik kieranaa ♥ a'aahhh..skrg mmg macam2 pom...adooyaiii.. :)

@ahsfantasy24 betul tu kak ayu, biasala tu manusia kn, ada salah dan silapnya, hehe selalu dh melawat teratak buruk kak ayu tu, hehe, buruk la sgt kn .. :P

@umUMRA sokong pandangan awak tu, manusia ni klo bila kita buat salah, yg tu je dia akan ingat, isk3

Reply

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.