Widgets

Djokovic takluk Wimbledon

Rampas ranking nombor satu dunia
Novak Djokovic (atas) menewaskan juara bertahan Rafael Nadal 6-4, 6-1, 1-6, 6-3 untuk memenangi mahkota Wimbledon pertamanya semalam, sekali gus merayakan ranking sebagai pemain tenis nombor satu dunia yang baru.

Ia adalah kemenangan Grand Slam ketiga pemain Serbia berusia 24 tahun itu, selepas menjuarai Terbuka Australia pada 2008 serta 2011, dan kemenangan ke-50nya daripada 51 perlawanan. Djokovic yang menggantikan Nadal sebagai pemain nombor satu dunia hari ini, juga menggagalkan impian pemain Sepanyol yang menjuarai kejohanan di sini itu pada 2008 dan 2010, untuk memenangi Grand Slam ke-11.

Djokovic hadir di final dengan rekod kekalahan 11-16 kepada Nadal dalam tempoh persaingan lima tahun mereka tetapi memenangi semua empat pertemuan pada 2011 dan semua pentas final.

Kelajuan servis mendominasi perlawanan hingga ke game ke-10 tatkala Nadal mendahului 30-0 tetapi menghadiahkan lawannya mata akhir pada set itu apabila melakukan kesilapan pukulan untuk Djokovic memenangi set pertama dalam masa 41 minit.

Pemain Serbia itu terus melakukan pukulan voli yang meyakinkan untuk memenangi set kedua 6-1.

Bagaimanapun Nadal yang memenangi semua lima pertembungan lampau Grand Slam antara mereka, hanya berjaya memperoleh ‘break point’ pertamanya pada game kedua di set ketiga untuk menjarakkan diri 2-0, sebelum memenangi set itu.

Djokovic bagaimanapun bangkit semula di set keempat untuk mendahului 2-0. Nadal gagal menyaingi pemain Serbia itu dan ketinggalan 3-5 ekoran pertahanan bijak Djokovic yang memaksa pemain Sepanyol itu melakukan kesilapan. - AFP

Best wooo dapat jadi pemain no 1 dunia ... ehehehe ...
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.