Lelaki gemuk menang undian pencarian model
Seorang lelaki berbadan gempal, Roland Bunce, 24, berada di tempat teratas dalam pertandingan Make Me the Next Model 2011 yang akan diadili oleh barisan panel profesional selepas dia memenangi undian dalam talian.
Langsung tidak mempunyai penampilan dan raut wajah seperti seorang
model, Bunce mendapat perhatian pengundi awam dalam talian selepas
penyertaannya disabotaj oleh pengguna Internet.
Populariti Roland melonjak selepas kemunculannya menarik perhatian
ramai pengundi bulan lalu. Dia juga terus mara untuk menang dalam
pertandingan kelolaan pihak High Street yang bertujuan mencari model
selepas menewaskan 5,000 peserta lain. Dia memperoleh undian terbanyak
iaitu 66,000 undi.
Bunce yang merupakan seorang jurutera komputer dari Belfast akan
mempertaruhkan nasibnya dalam pusingan terakhir bersama 250 orang
peserta lain pada 30 Julai ini.
Pertandingan yang menerima 5,000 penyertaan itu menawarkan
pemenangnya dengan baucar bernilai AS$3,221 (RM9,695.10) dan sesi
fotografi untuk diperkenalkan kepada agensi peragaan. - Agensi