Widgets

Jangan beli, guna krim kulit "Sensual Whitening Cream"


Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan "Cream Whitening Sensual" berikutan pengesanan racun berjadual dalam produk penjagaan kulit itu.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian berkenaan, Datuk Eisah A Rahman berkata, produk tersebut dikesan mengandungi bahan logam berat merkuri yang dilarang dalam produk kosmetik yang boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.

"Syarikat Sensere Marketing Sdn Bhd, yang mengeluarkan produk itu diarah menghentikan penjualan dan pembekalan produk itu dengan serta merta dan menarik balik semua stok dalam pasaran dalam tempoh 72 jam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Eisah berkata, pengguna produk itu boleh menyebabkkan ruam dan rasa gatal pada bahagian kulit dan pada masa sama boleh merosakkan otak, sistem saraf dan buah pinggang.

Beliau juga berkata, wanita mengandung yang menggunakan produk itu mungkin tidak mengalami simptom keracunan merkuri tetapi boleh menyebabkan keracunan teruk kepada fetus mengakibatkan kerosakan otak dan kecacatan kepada bayi dalam kandungan.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-7883 5532/5534 atau e-mel kepada potm@bpfk.gov.my untuk sebarang pertanyaan berhubung produk itu. - BERNAMA
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.