Widgets

Kecewa dgn Cesc Fabregas


Fabregas tak ikut

Peminat setia pasukan Arsenal a.k.a Adam Idam di Asia pasti kecewa kerana bintang sensasi skuad tersebut, Cesc Fabregas tidak akan menyertai siri jelajah Asia kelab itu selepas mengalami masalah kecederaan.

Perkara tersebut disahkan oleh pengurus skuad The Gunners, Arsene Wenger. Kapten Arsenal itu yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona pada musim depan mengalami masalah kekejangan otot ketika menjalani latihan.

Situasi tersebut sekali gus menyaksikan Fabregas yang merupakan perancang antarabangsa Sepanyol tidak akan terbang ke Malaysia hari ini. “Fabregas tidak akan menyertai kami dalam siri jelajah ke Asia kerana mengalami masalah kekejangan otot.

“Dia akan tinggal di sini (London) dan terus menjalani latihan seperti biasa di sini,” kata Wenger. Pada siri jelajah Asia kali ini, Arsenal bakal mengadakan dua perlawanan di Kuala Lumpur dan China sebelum berlepas ke Eropah. - AFP


ohh ... baru je berhajat nak tengok cesc fabregas ni main bola sepak depan mata ... sob sob sob ... hahahaha
Komen Facebook
2 Berikan komen anda

2 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

serius, baru nak tengok fabregas main jugak...hurmmm -_-'

Reply

@missnuyu... aiyooww..minat jugak ke bola ? ingatkan minat korea jer..ehehe

Reply

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.