Widgets

Ketagihan judi sakit mental



Ketagihan judi dalam kalangan masyarakat negara ini kini dianggap satu daripada elemen penyakit mental yang semakin serius dan wajar ditangani segera. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kesan daripada ketagihan judi mendorong kepada peningkatan masalah seperti hutang, bankrap, tekanan hidup selain masalah sosial yang memberi kesan terhadap hubungan kekeluargaan.

“Hampir setiap hari kita boleh membaca mengenai masalah berjudi di media. Ia merupakan masalah yang sangat serius, lebih parah daripada penagihan dadah. “Kami sedang melihatnya sebagai satu penyakit, agar kita boleh mengambil rawatan perubatan dan langkah untuk merawatnya,’’ katanya pada pemberita selepas merasmikan Majlis Ceramah Umum Mengenai Masalah Perjudian anjuran Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) di sini semalam. Tiong Lai juga bimbang sindrom itu mendorong perkembangan permainan judi di internet yang mensasarkan kepada golongan muda.


Lebih baik buat bisness online daripada berjudi x tentu hala kan ? betul x ? modal cuma rm20 je...
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.