Widgets

Kim Hyun Joong Datang KL 20 Ogos

Penyanyi yang juga anggota kumpulan K-Pop, SS501 iaitu Kim Hyun Joong, 25, bakal berkunjung ke Kuala Lumpur pada 20 Ogos depan bagi mempromosikan album mini pertamanya iaitu Break Down.


Album yang telah berada di pasaran sejak Julai lalu itu mengandungi lagu-lagu seperti Intro (Let Me Go), Please, Kiss Kiss dan Yes I Will.


Sejak dipasarkan di Korea pada 8 Jun lalu, album tersebut telah mencatat jualan lebih 100 ribu unit di Hanteo Chart dalam masa 2 minggu.

Kim juga telah meraih kemenangan selama dua minggu berturut-turut di program televisyen Music Bank di KBS2 menerusi lagu Break Down.

Ketua kumpulan SS501 ini mula mencuri perhatian peminat di seluruh Asia menerusi lakonannya sebagai Yoon Ji Hoo dalam drama bersiri Boys Over Flowers (2009).



Komen Facebook
5 Berikan komen anda

5 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

huhu x minat sangat kpop. tapi ada juga yang best

Reply

alaa..
masih d sabah lg masa tu..
hehehe...

Reply

@Freaky same la, x minat lasom kot, hehe

@Anne Nurain owh, org sabah ka ? hi2

@♥ cik kieranaa ♥ mr.korea la tu, ahhaa

Reply

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.