Bintang Hollywood Datuk Michelle Yeoh yang memegang watak pejuang
demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dalam filem terbarunya menzahirkan
rasa sedih terhadap tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar
terhadapnya.
Pelakon yang berasal dari Malaysia itu tidak dibenarkan memasuki
negara tersebut dan telah disenaraihitamkan ketika beliau tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada 22 Jun lalu.
Dalam kenyataan pertamanya terhadap isu tersebut, Yeoh berkata dia
terkejut dan sangat kesal dengan tindakan kerajaan junta tentera itu.
Tambahnya, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat, malah menyayangi negara dan rakyat Myanmar.
Yeoh telah bertemu Suu Kyi pada Disember tahun lalu. Filem berjudul The Lady yang mengisahkan tentang perjuangan dan kisah hidup Suu Kyi ini akan ditayangkan pada akhir tahun ini.