Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan seorang blogger membayar sebanyak RM400,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selepas didapati bersalah memfitnah menteri itu dalam satu artikel.
Pada 1 Januari lalu, Rais, 69, memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel disiarkan dalam blog, sharpshooterblogger.blogspot.com pada atau sekitar 28 Disember tahun lepas.
Dalam penghakimannya, Hakim Zabariah berkata, setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.
Kata beliau, fitnah dibuat itu sangat serius dan jika seseorang mempercayainya bukan sahaja reputasi Rais terjejas di peringkat nasional dan antarabangsa tetapi yang lebih penting adalah kesannya terhadap kehidupan Rais dan keluarga.