Widgets

Sharbinee derita tanggung tiga sepakan penalti

SATU penyeksaan buat penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee apabila terpaksa berdepan tiga sepakan penalti sepanjang 90 minit permainan pada perlawanan timbal balik pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Taipei, kelmarin. 

“Ini sejarah saya sebagai penjaga gol berdepan tiga penalti dalam 90 minit pertama permainan,” kata penjaga gol Terengganu itu. “Bagaimanapun saya lega kerana kita dapat melangkah ke pusingan seterusnya dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. “Pada 10 minit terakhir, keadaan agak mencemaskan kerana jika lawan terus mengasak dan memperoleh gol keempat, harapan kita mara ke pusingan kedua akan musnah. 

Tetapi kemasukan Muslim Ahmad memberi saya keyakinan untuk menamatkan permainan pada kedudukan 2-3.” Skuad kendalian Datuk K Rajagobal yang berkunjung ke Taiwan dengan bekalan kemenangan 2-1, tewas 3-2 di Taipei selepas pengadil dari Vietnam, Vo Minh Tri menghadiahkan tiga sepakan penalti kepada tuan rumah dengan dua daripadanya disempurnakan lawan.

Sharbinee yang kembali mendapat tempat dalam kesebelasan utama selepas penjaga gol utama, Fahmi mengalami kecederaan bahu, yakin Harimau Malaya akan bangkit di pusingan kedua nanti.

“Kita ada tempoh lebih dua minggu untuk memperbaiki kelemahan dan belajar daripada kesilapan, pada pusingan kedua nanti saya yakin persembahan lebih baik akan dipamerkan,” kata Sharbinee yang menyerahkan kepada jurulatih untuk memilih siapa bakal menjaga gawang negara nanti.

Tahniah kepada pasukan bola sepak negar ! Teruskan perjuangan anda ! Jangan mudal alpa ! 
Komen Facebook
1 Berikan komen anda

1 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger :

ref dia merepek r... ntah pape ntah

Reply

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.