Widgets

Biasa Kita Lihat Ketika Solat Terawih

1. Rakaat 1 sampai 8, saf penuh berbaris-baris. Semua kelihatan bersemangat.

2. Selesai rakaat ke 8, makmum mula berpusu-pusu keluar masjid. Saf mula tinggal sebaris setengah.


3. Setelah itu, mula kedengaran bunyi bising di luar masjid. Bunyi mercun. Adegan kejar-mengejar. Budak-budak la ni. Orang tua, dok berasap.

4. Masa imam tengah angkat takbir, ada makmum yang masih duduk. Bila tok imam dah nak abis baca surah sebelum rukuk, baru kelam kabut nak angkat takbir. Konon nak hilangkan lenguh sekejap. Tok Imam tak lenguh?

5. Selesai rakaat ke 20, makmum mula penuh kembali untuk solat witir. Biasanya kanak-kanak. Sebab lepas tu nak ambik moreh. Kalau masjid tu tak ada moreh, jangan harap ada yang patah balik nak solat witir.


Tahukah anda?

1. Solat Terawih hanya ada pada bulan Ramadhan. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang tidak mahu mengambil peluang ini.

2. Solat Witir adalah solat sunat yang paling dituntut untuk dikerjakan. Ini bermakna, tidak lengkap solat terawih itu tanpa disusuli solat witir. Witir itu lebih besar kelebihannya.

3. Kalau tak mampu buat tarawikh 20, buatlah 8 rakaat. Itu lebih baik daripada tak buat langsung. Tapi, janganlah berkira sangat nak beribadat kepada Allah.

Sekadar nasihat untuk diri sendiri...
Komen Facebook
3 Berikan komen anda

3 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

ape gunenye jugak kalau pergi terawih di bulan ramadhan tetapi ta solat fardhu lansung kan ? so same same lah kite tunaikan perintah Allah dengan sempurna.

Reply

Betul2... kalau tak boleh 20 buat 8 pon jadila, gunakan masa yg ade sebaiknya, tahun depan belum tentu kita masih ade...

Reply

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.