Dosa gugur apabila suami isteri bersalam. RASULULLAH saw bersabda, yang
bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka
ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang
gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah
besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman
akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami
ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan
menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan
kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan
suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya
keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami
pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan
ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun
isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah
hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan
isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka
berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk
selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa
kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan
rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun
seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya
terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam
rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba
untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak
mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud:
"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti
kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan
malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu
dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir
kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang
memiliki mu."


abam ming. Powered by Blogger.