Sapa2 nak kongsi lagi petua yang korang ada boleh komen kat bawah ni.. Jom baca petua yang banyak kat bawah ni ... ohoiii ..
Hilangkan karat pada gigi
Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil
biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga
halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus
gigi.Lakukan setiap hari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.
Legakan Sakit kepala
Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara mengambil daun lemuni hijau
lebih kurang sekilogram dan dimasukkan kedalam sarung bantal. Kemudian
tidurlah diatasnya selama dua tiga hari. InsyaAllah sakit kepala anda
akan berkurangan dan anda akan berasa segar.
Kurangkan kadar kolestrol
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun.
Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengmbil
makanan berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan dapat dirasai
dalam masa seminggu.Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.
Kulit Berkedut
Ambil sebatang lobak merah , bersihkan dan parut, setelah itu campurkan
sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung. Bahan ini dikacau
hingg sebati , setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit muka. Lakukan
sekali sehari pada waktu malam. Cucilah muka ketika hendak tidur dengan
air suam. Amalkan Selalu insyaallah berkesan.
Sakit Gigi
Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya.Salai seketika diatas
api dan sewaktu masih suam , gigit pada tempat sakit. InsyaAllah sakit
akan berkurangan.
Senggugut
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan
ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan
petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid.
InsyaAllah mujarab.
Petua Menghentikan Pendarahan
Ambil tembakau rokok dan tekapkan pada bahagian yang berdarah. Waktu
menekapkannya pada luka hindarkan dari terkena air. Hasilnya ,
insyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka tidak lagi terasa
sakit.
Turunkan suhu Badan Bayi
Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari , telunjuk dan jari hantu), baca
bismillah dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut kedalam beras.
Genggam dan lepaskan beras dari genggaman kedalam secawan air masak.
Biarkan beras yang melekat pada ketiga jari itu, dan makan beras
tersebut. Gunakan air yang bercampur dengan beras tadi untuk disapukan
kebadan bayi. InsyaAllah suhu badanbayi akan berkurangan.
Hilangkan Kesan Teh
Ambil saja sedikit ubat gigi dan sapu pada kole atau gelas yang ada
kesan berkarat dari teh. Ambil sehelai kain bersih dan gosokkan padanya.
InsyaAllah kesan teh akan hilang dengan mudah dan gelas atau kole anda
tidak akan tercalar.
Elak ikan melekat ketika digoreng
Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya
perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang
digoreng. Selamat mencuba.
Menjadikan wajah berseri
Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita.
Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya.
Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk.
Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan
campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering.
Setelah itu cuci muka hingga bersih.
Merawat bengkak usus
Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin
merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit
gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan
didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.
Mengilatkan periuk
Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan
pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir
sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.
Menghilangkan jerawat batu
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka
terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk
hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur
tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.
Rawatan jika terkena minyak atau air panas
Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan
tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu
berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.
Mengelakkan gula dimasuki semut
Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari.
Menghilangkan demam campak
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi
minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh
dicampur dengan air).
Karipap lebih rangup
Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat
dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun
marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat
bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi
kedalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap
anda akan rangup dan enak.
Melegakan selsema bayi
Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada
batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi
anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.
Melembutkan daging
Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca
serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air
bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh
direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda.
Menghilangkan parut luka
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita.
Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi
kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan
tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu
akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
Memudahkan mengopek kerang
Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi
cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan
terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin
memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan
mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan
sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan
terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.
Merawat penyakit buasir
Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya
ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau
panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan
berulang kali sehingga berasa selesa.
Mengatasi bayi demam selepas disuntik
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik,
bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang
kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut
hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini
dapat mengatasi demam anak.
Menghilangkan gatal getah keladi
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa
keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak
gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa
menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi
direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan
masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat
kegatalan.
Mempercepatkan pembekuan agar-agar
Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih
airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu disejukkan didalam
peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar
didalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan.
Mengelak kain batik daripada luntur
Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar,
eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak
baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama
air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam
semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain
itu tidak akan luntur lagi.
Memudahkan bayi buang air besar
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa
dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian
sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah
petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah
sebu perut.
Cara merawat penyakit panau
Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada
muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian
tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.
Menghilangkan bau nasi hangit
Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai
daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit -
tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.
Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk
jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas
bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu.
Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi
sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.
Menghentikan hidung berdarah
Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku
pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil
sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg
berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.
Kacang hijau cepat empuk
Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam
periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak terletak pada
banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan
setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah empuk, lepas tu bolehlah
masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur kacang.
Cara membersih botol susu hingga berkilat
Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik?
Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya.
Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur
dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya
bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua
ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.
abam ming. Powered by Blogger.