Widgets

Kecoh hidangan sotong menari


Klip video menunjukkan sotong menari di dalam pinggan semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun mencetuskan kemarahan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan di laman perkongsian video YouTube berang kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup.



Bagaimanapun, seorang pengusaha restoran memberitahu, aksi luar biasa itu berpunca daripada perbuatan menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati.

Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang belum mati yang menyebabkan sotong itu menggelupur atau kelihatan seperti sedang menari.




Setakat ini, klip video berkenaan yang dirakam oleh seorang pelancong di Hokkaido, Jepun telah ditonton sebanyak sejuta kali.

tindakbalas ni lebih kurang mcm tindakbalas refleks/spontan yg tak memerlukan kawalan dr otak...maksudnya di sini, ade partikel iaitu natrium dlm sos berkenaan yg bertindakbalas ngan neurotransmitter dlm sel saraf sotong menyebabkan otot sotong (sesungut) bergerak scr spontan tnp memerlukan kawalan dr otak sotong yg sepatutnya sudah mati... tak tau sgt psl biologi, cuma jelaskan berdasarkn artikel dan komen org















Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.