Widgets

Lee Chong Wei menangis

Gagal saingi ketangkasan pemain pilihan ke-2, Lin Dan pada final

"KEKALAHAN ini memang perit, tetapi saya sudah mencuba sedaya upaya, mungkin nasib tidak menyebelahi saya," kata jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei yang berlinangan air mata sejurus tunduk kepada musuh tradisi, Lin Dan pada final Kejohanan Dunia di Arena Wembley, semalam. 


Kekecewaan pemain nombor satu dunia berusia 29 tahun itu memang perit kerana dia hanya dipisahkan satu mata daripada kejuaraan pertamanya tetapi kegagalan mematikan bulu tangkis.

Walaupun mendahului dua kali 20-19 dan 21-20 pada set penentuan menyaksikan impian besarnya itu lebur. "Lin Dan memang seorang pemain yang berani mengambil risiko ketika berdepan detik genting apabila dia terus mengasak menyebabkan saya tertekan dan melakukan kesilapan.

"Walaupun kecewa tetapi kekalahan ini belum mematikan semangat saya untuk cuba memenangi kejuaraan berprestij ini. Jadi, saya akan cuba memenanginya pada penampilan terakhir 2013 nanti," katanya yang tampil beraksi dalam final pertamanya selepas gagal dalam lima percubaan sebelum ini.

Aksi kedua-dua pemain itu jelas menepati pertembungan final impian dengan permainan bermutu dan mendebarkan selama 86 minit sebelum Lin Dan keluar sebagai pemenang 22-20, 14-21, 21-23.


Uitt, takkan tengok je.:)



Chong Wei selepas itu terus mengalami kekejangan otot dan terpaksa mendapatkan rawatan kerana final itu disifatkan paling sengit dalam 25 pertemuan kedua-dua jaguh itu sejak 2004.

Kekalahan Chong Wei itu bukan saja impiannya untuk memahat nama selaku pemain pertama negara menjuarainya kejohanan itu musnah, tetapi turut menyaksikan kemarau tanpa gelaran negara selama 34 tahun terus berpanjangan.

Sebaliknya, Lin Dan, 28, membuktikan dia adalah legenda apabila memenangi kejuaraan berprestij itu buat kali keempat selepas menjulangnya pada 2006, 2007 dan 2009.

Malah, kejuaraan itu adalah koleksi kejuaraannya yang ke-44 sejak 2002 dan keempat tahun ini selepas Terbuka Korea, Jerman dan Kejohanan Asia.

"Apa yang membezakan kedua-dua pemain itu ialah Lin Dan berani mengambil risiko sewaktu berdepan situasi genting. Itu yang dilakukannya dan ia berjaya," kata jurulatih Chong Wei, Tey Seu Bock.

Sementara itu, Lin Dan berkata dia hanya mencuba nasib dengan mengasak Chong Wei ketika dia ketinggalan dan lawan sudah diambang kejuaraan pada penghujung permainan.

"Sebagai pemain saya harus mengambil risiko dan tindakan terus mengasaknya berhasil apabila Chong Wei melakukan kesilapan. Ini kejayaan bermakna dan memberi rangsangan terbaik menghadapi Sukan Olimpik tahun depan," katanya.
Komen Facebook
2 Berikan komen anda

2 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

mmg sedih ar tgk lee chong wei tak menang..tapi next time chong wei boleh cube ag..huhu

Reply

suhailaselaginella : ape boleh buatkan, dah memang x ada rezeki kali ni, next time ada lagi, chaiyokkkk lee chong wei, hehehe

Reply

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.