Ciri-ciri yang ditetapkan oleh Islam bagi pakaian wanita ia sebagaimana berikut ;
1. Hendaklah menutup kawasan aurat. Aurat wanita ialah seluruh badannya kecuali muka dan tangan sahaja yang harus didedahkan (mengikut jumhur ulamak).
2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan.
3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh.
4. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
5. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq.
6. Tidak berhias berlebihan (tabarruj) dan menzahirkan kesombongan.
7. Bukan pakaian syuhrah (iaitu pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, yakni untuk menonjolkan perbezaan diri dengan orang lain).
8. Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.
9. Tidak mengenakan sanggul seperti bonggol unta dengan sengaja.