Widgets

Mudahnya menjadi mereka ..

Mudahnya menjadi mereka..
Hidup selalu sempurna..
Terpilih untuk selalu bahagia..
Tanpa ada seguris duka..
Hilai tawa menjadi jiwa...

Mudahnya menjadi mereka..

Tanpa perlu ada rasa sesak di dada..
Tanpa perlu menanggung beban bertimpa..
Tanpa perlu mata berkaca..
Menakung airnya..yang selalu merintih hiba..

Mudahnya menjadi mereka..

Mudahnya itu membuatkan aku leka..
Aku lupa aku sebenarnya..
Berpura-pura bahagia..
Terpaksa berpura-pura..
Kononnya hidupku mudah seperti mereka..

Bukan,aku bukan mereka..

Hidupku tak bertuah seperti mereka..
Hidupku suram tak seperti mereka..
Aku sekadar menumpang rasa..
Tatkala melihat mereka gembira..
Kerana mudahnya hidup menjadi mereka...

Tuhan...

Terima kasih atas pemberianMu ini..
Aku bersyukur atas segalaNya..
Walaupun aku tidak mudah seperti mereka..
Kerana aku tahu..
Kau merencanakan sesuatu..
Untuk aku menggapainya...

Dan pada dia yang tiba..

Terima kasih atas cahaya yang dibawa..
Semoga dapat aku jadikan sedikit sandaran...
Merawat jiwa hati yang rawan..
Walaupun tempias cuma..
Sekurang-kurangnya aku dapat merasa..
Mudahnya menjadi mereka.......
 

Uitt, takkan tengok je.:)



     
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; 
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, 
senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…
jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…
buat pedoman
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.