Perbezaan Lelaki Dengan Perempuan.
Jom lihat Perbezaan Lelaki Dengan Perempuan di bawah ni ...
1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.
2.
Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak
memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya
menjadi tenaga.
3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.
4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.
5.
Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita.
Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza
disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan
anak.
6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara
umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada
cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.
7. Apabila
mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan
pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas
dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada
sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang
membuka; menampakkan banyak benda.
8. Wanita mahu
mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara
besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;
9.
Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan
keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada
lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen
kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg
tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet
duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat
rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala,
gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala
ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.
10. Kenapa sedemikian
dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai
kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila
sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran
dan penumpuan wanita lebih lebar.
11. Pada lelaki, cukup
dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat.
Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.
Demikianlah
perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan
apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza.
Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza.
Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa
keluar dari rumah awal 2 pagi.
Dalam banyak hal, wanita
bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja
dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan
hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat.
Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di
ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan
lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya,
apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat
kerja, asalkan semuanya beres.
Apabila si suami dan si
isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke
pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu,
perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan
digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah
dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi
pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu,
terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada
lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.
Contoh-contoh
tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki.
Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika
mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami,
apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat
botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke
rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk
bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana
kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.
Jangan
disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan
seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah
kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih
sayang.
abam ming. Powered by Blogger.