Lanjutan daripada laporan pihak SoyaCincau
sebelum ini, kini kami menerima pengesahan yang mengatakan Sony
Ericsson Xperia Ray akan dilancarkan di Malaysia sekitar bulan September
ini. Walaubagaimanapun, perkara ini mungkin berubah bergantung kepada
ketibaan stok di Malaysia.
Xperia Ray membawakan cip pemprosesan 1GHz Snapdragon, skrin sentuh
seluas 3.3-inch dengan sokongan Mobile BRAVIA, serta kamera
8.1-megapixel dengan sokongan Exmor R. Ianya turut sama menggunakan
Android 2.3 Gingerbread, bersama-sama dengan antaramuka khas Sony.
Buat masa ini, ianya diketahui yang mana Sony Ericsson Malaysia mensasarkan
tarikh pelancaran sekitar September kelak, selepas melancarkan Xperia Mini Pro dan Xperia Mini di Malaysia pada bulan ini. Harga jualannya masih lagi tidak diketahui.
tak rasa ke soft button home tu redundant dgn home button kat phone tu?
same gak dgn sense ui (htc) screen beso tapi soft button tu menyibuk
ja..dah ada button kat phone, nak juga button lagi buat apa la agaknya
ya…