Widgets

Buang VIRUS Tanpa Menggunakan ANTIVIRUS!! Buka Fail Yang Tersembunyi !

Wah! Bolehkah buang VIRUS tanpa guna ANTIVIRUS ? Ramai tidak tahu perkara ini dan tidak sedar VIRUS semakin banyak di dalam komputer sendiri. Tidak tahu untuk mencari ANTIVIRUS yang paling baik untuk membuang VIRUS? Dengan langkah yang saya tunjuk ini, anda tidak perlukan ANTIVIRUS untuk membuangng VIRUS di komputer anda. Percayalah ! Anda tak perlu jadi begini untuk membuang VIRUS dalam komputer anda.




Langkah 1 : Buka Pendrive anda dan lihat file di dalamnya. Pada mata biasa memang anda tak nampak fail VIRUS dalam pendrive anda. Namun, sebenarnya mungkin ada VIRUS dalam pendrive anda. Kadang-kadang kita buka Hidden Files pun susah nak nampak VIRUS yang tersembunyi.



Langkah 2 : Pergi ke butang Start – Run dan Taip CMD untuk membuka Command Prompt.



Langkah 3 : Ini adalah Command Prompt anda.



Langkah 4 : Buka My Computer anda dan perhatikan Drive yang tertera untuk pendrive anda. Dalam kes ini, pendrive saya berada di [Drive I].



Langkah 5 : Masukkan Drive anda tadi di Command Prompt seperti ini.



Langkah 6 : Kemudian, taip [dir] dan tekan [Enter] untuk melihat fail di dalam pendrive.



Langkah 7 : Perhatikan File yang tertera dalam Command Prompt mesti sama dengan keadaan di dalam pendrive di Langkah 1. Hanya 1 Folder yang muncul di dalam pendrive ini dan tidak mempunyai sebarang fail yang lain.



Langkah 8 : Kemudian, untuk membuka fail yang tersembunyi di dalam pendrive ini, masukkan arahan seperti ini :

attrib -s -h *.* /s /d.

Cara Menulis : attrib [jarak] -s [jarak] -h [jarak] *.* [jarak] /s [jarak] /d



Langkah 9 : Buka kembali pendrive anda dan perhatikan 2 File yang tersembunyi telah dibuka dengan mudah. Dalam kes ini, fail ini adalah fail VIRUS di mana terdapat [autorun.inf] dan Folder yang sama tetapi dalam bentuk application iaitu [Test.exe]. Jangan terkejut, saya bukan buat Magik..:)

Tapi, inilah realiti yang kebanyakan orang tak sedar kehadiran virus ini. Ini contoh VIRUS yang terdapat di dalam pendrive ini. Ada juga VIRUS lain yang mungkin ada di pendrive anda. Jika anda perasan, ada fail lain dalam pendrive anda yang anda ragu-ragu kehadirannya, jangan panik..cuma ikut sahaja langkah saya selepas ini atau jika anda tidak pasti fail itu adalah VIRUS atau tidak, anda boleh hubungi saya di laman HUBUNGI SAYA.



Langkah 10 : Buka semula command prompt anda tadi dan taipkan [dir] sekali lagi. Perhatikan fail yang terdapat di dalam pendrive anda ini dan bandingkan dengan Langkah 7 tadi. Fail yang disenaraikan mesti sama yang anda lihat di dalam pendrive sebentar tadi.



Langkah 11 : Kemudian, cuma masukkan arahan [Delete] atau buang untuk membuang fail VIRUS ini dengan menulis seperti ini :

del [Nama Fail] /f .

Cara menulis : del [jarak] autorun.inf [jarak] /f

Contoh dalam pendrive ini saya buang fail [autorun.inf].






Langkah 12 : Dan akhir sekali anda lihat semula dalam pendrive anda. Fail [autorun.inf] telah dibuang secara automatik.



Anda juga boleh membuang fail VIRUS tadi secara manual di dalam pendrive anda setelah semua fail muncul. Kadang-kadang cara membuang secara automatik yang saya tunjukkan di atas tidak juga berkesan bergantung kepada kekuatan VIRUS itu. Sebagai contohnya, walaupun saya masukkan arahan membuang automatik di command prompt seperti di atas, tidak dapat juga membuang folder [Test.exe] yang terdapat di dalamnya. Jadi, untuk itu, saya terpaksa membuang secara manual dengan menekan [Delete] di keyboard. Sekurang-kurangnya, dengan teknik ini anda telah membuka fail yang tersembunyi di dalam pendrive tersebut dan senang untuk anda membuang VIRUS yang terdapat di dalamnya.

Nah, senang bukan ? Betulkan seperti apa yang saya cakap tadi, anda tidak perlukan ANTIVIRUS untuk membuang fail VIRUS tersebut. Anda juga boleh lakukan teknik ini di Drive yang lain seperti di [Local Disk C] dan [Local Disk D] anda.

Teknik ini juga boleh digunakan untuk membuka Fail yang tersembunyi di komputer anda. Jika anda baca artikel saya sebelum ini tentang Sembunyikan Folder Rahsia Anda, teknik ini juga dapat membuka semula Fail yang anda sembunyikan tanpa perlu buka di Hidden Menu…hehe. Biasala, orang cipta VIRUS, mesti ada penggodamnya. Jadi, saya sudah bagi tips untuk sembunyikan folder mesti ada cara membukanya dengan senang..hehe.

Hapuskan VIRUS dalam komputer anda! Amal dan sebar-sebarkan yer. Jika anda suka, jangan lupa klik “LIKE” di sebelah yer…:)

Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.