Widgets

Desak Mat Sabu mohon maaf

MUAR – Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) mendesak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (gambar kecil) supaya meminta maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Gambar : ANGGOTA PPPMM bersama waris anggota keselamatan dan keluarga mereka yang dibunuh pengganas komunis mengunjungi tanah perkuburan Islam Bukit Kepong semalam.

Presiden PPPMM, A. Rahman Mahadi berkata, sikap Mohamad atau Mat Sabu yang berdiam diri selepas menimbulkan kontroversi merupakan tindakan tidak bertanggungjawab.

“Kenyataan Mat Sabu telah mengguris hati majoriti rakyat Malaysia dan dia telah melakukan penghinaan terhadap negara dan bangsa sendiri.

“Dia cuba menafikan perjuangan bangsa sendiri dan bagaikan cuba memadam sejarah negara serta mengubah fakta sebenar,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai anggota PPPMM dan penduduk Bukit Kepong melakukan demonstrasi aman di Balai Polis Bukit Kepong dekat sini semalam.

Demonstrasi itu bagi membantah kenyataan Mat Sabu pada 21 Ogos lalu dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Komen Facebook
2 Berikan komen anda

2 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.