Widgets

Tiket RM50 bagi Perlawanan Akhir Piala Malaysia : FAM tidak berganjak !

KUALA LUMPUR - Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak dari keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.

"Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain," katanya.

Para penyokong kedua-dua pasukan turut membantah harga tiket itu bagi semua tempat duduk stadium.

Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu.

Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket tersebut, beliau berkata FAM menghormati permintaan itu namun FAM tidak akan berganjak dari keputusan asal. - Bernama

... baik aku tengok kat dalam TV je la ... hahaa ...
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.