Widgets

Guru jangan panik dengan projek rintis kerja sembilan jam [ Tempoh Percubaan 6 Bulan ]

adoilah ... hari terkejut jugak la sebab terbaca satu artikel tentang alam keguruan ni ... maklumlah aku sekarang berada dalam bidang keguruan ... maka hal macam ni perlulah aku amik tahukan ... hehe ..

ramai yang duk sibuk post kat FB masing-masing tentang " Mulai 2012 Guru Perlu Bekerja Selama 9 Jam Sehari " ... isk3 ... dalam akhbar dah terang-terang dah tulis hanya percubaan sahaja .. lepas tu baru mereka akan kaji balik perkara ni ... hahaaa ...

nak tahu lebih lanjut lagi .. silalah baca artikel dari akhbar bawah ni ... sebarkan pada bakal guru yang duk panik tu .. harap-harap perkara tidak berjaya la ye .. kalau tidak sibuk la kita sebagai guru nanti ...

====================================================================
Guru jangan panik dengan projek rintis kerja sembilan jam 

2011/11/12 ALOR SETAR: Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong hari ini menasihatkan guru supaya tidak 'panik' dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.

Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

"Jadi saya rasa mungkin ada guru-guru yang khuatir kerana mereka merasakan tempoh sembilan jam waktu bekerja itu tidak mengambil kira waktu persediaan mengajar dan juga penglibatan dalam ko-kurikulum. Saya rasa semua itu akan diambil kira," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Wisma Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Kedah di sini hari ini, Wee berkata, projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah.

"Saya harap semua guru di empat negeri terbabit tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.

"Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara," katanya.

"Jangan anggap itu (projek rintis) sebagai satu kata putus dari kementerian. Biar mereka lakukan dahulu dan melihat hasilnya," katanya. - BERNAMA [ BERITA HARIAN ]



Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.